Thursday, March 15, 2012

Akibat Menolak melakukan Hubungan Seks

Pada usia 30tahun Noraini begitu sedih kerana masih lagi bujang sedangkan rakan-rakannya sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak sendiri.Namun beliau masih lagi ternanti-nanti akan jodohnya.Mungkin kerana badannya yang montel menyebabkan lelaki tidak suka padanya.Jika diukur dari segi rupa paras,bolehlah dikatakan cantik dan comel cuma badannya agak gemuk.Tapi kawan-kawannya lagi gemuk darinya pun sudahberkahwin.Yang lebih meresahkannya, sejak kebelakangan ini dia seolah-olah diganggu sesuatu.Hampir setiap malam, dia diserang hesteria.Dia seolah-olah nampak bayang-bayang hitam yang hendak mencekiknya.Apabila diterangkan pada ibu bapanya,dikatanya itu hanyalah khayalan.Adakalanya Noraini terasa seperti tubuhnya diawang-awangan dan seluruh badannya seperti dijilat dan membuatkan beliau naik berahi sehingga mengeluarkan air mani dengan banyaknya hampir setiap malam.Namun setelah hampir setahun dia diganggu dan badannya yang gemuk menjadi kuruskering seperti mayat hidup barulah bapanya membawanya pergi berubat.

Pergi doktor, katanya tiada penyakit dan asyik memberi ubat tidur.Jumpa bomoh, ada yang kata terkena buatan orang, ada juga yang kata kena gangguan jin serta saka keluarga.Duit pula sudah banyak habis tetapi tidak juga sembuh.Noraini dan keluarga semakin berputus asa.Kini beliau semakin teruk dan hampir lumpuh.Badan yang berisi tinggal tulang.Pada satu hari,sahabat Noraini datang kerumahnya dan menawarkan untuk dibawa berjumpa dengan Haji. Pada mulanyamereka agak keberatan namun setelah didesak akhirnya beliau bersetuju.

Apabila rawatan petunjuk dimulakan dengan selawat syifa dan bacaan umul kitab, apa yang Haji lihat penuh keanehan.Seorang sami budha sedang duduk bersimpuh sambil memegang sebuah patung dan dijilat-jilat penuh nafsu.Di hadapan sami tersebut terdapat sekeping gambar seorang gadis yang seperti haji kenal.Haji menghampiri sami tersebut dan bertanya mengapa beliau menjilat patung tersebut dan siapa gadis dalam gambar tersebut.Sami itu memandang pula haji dengan muka marahnyaserta enggan menjawab soalan haji.Haji memohon petunjuk kepada Allah dan membaca doa Haikal sehingga selesai dan disambung pula dengan surah Al-Jin ayat 1-9. Dengan kehendak Allah Sami tersebut memohon maaf dan menceritakan bahawa beliau telah diupah oleh seseorang kerana mahu membalas dendam kepada gadis yang bernama Noraini kerana telah menolak untuk melakukan hubungan seks dan telah memalukannya di hadapan orang ramai.Haji meminta supaya melepaskan gadis tersebut kerana gadis itu telah menderita sekian lama lagipun penolakkannya kerana Islam melarang ummatnyaberbuat zina.Beliau bersetuju dan memohon maaf kerana membuat gadis itu menderita.Sebaik sahaja Haji kembali ke alan nyata,haji menceritakan apa yang Haji lihat dan beliau membenarkan cerita tersebut.

Setelah menjalani beberapa sesi rawatan dan dimandikan dengan doa asyik sekampung,kini Noraini telah sembuh dan telah mendapat jodoh dengan orang sekampungnya dan telah dikurniakan anak.Allah Maha Besar.