Monday, October 18, 2010

Akibat menduakan suami dengan bekas teman lelaki...

Seorang ibu muda telah datang bertemu hj dan mendakwa telah bertemu dgn doktor dan ramai bomoh namun beliau tidak sembuh juga.Beliau mengalami bisik2 di telinganya dan kadang2 spt suara memanggil namanya.Beliau juga mendakwa suara itu adakalanya menyuruh beliau terjun dari bangunan tinggi dan pernah suara tersebut menyuruh beliau menikam suaminya namun beliau cepat sedar.Menurut beliau bomoh yang dijumpainya mengatakan ada org yang hantar dan pelbagai lagi.Beliau juga mendakwa berjumpa seorang bomoh lalu bomoh tersebut telah mengeluarkan jarum karat,rambut dan mcm2 lagi melalui telur yg dialin pada badannya.Saya hanya anggukan kepala mendengar segala yang dikisahkannya. Saya mulakan rawatan dengan nama Allah dan berselawat kepada Nabi saw,dan membaca beberapa ayat suci Al Quran dengan izin Allah saya mula mengesan punca penyakitnya melalui gerakan sedut marifat tenaga dalam.Saya agak terperanjat kerana apa yang saya lihat diluar jangkaan saya,saya lihat ibu muda tersebut sedang melakukan hubungan intim dengan seseorang namun diperhatikan oleh seorang lelaki yang saya jangkakan suami beliau.Saya mengucap panjang dan bertanya kepada wanita tersebut tentang perkara itu.Tiba2 beliau menangis tersedu-sedu dan menerangkan bahawa beliau ada melakukan hubungan dengan bekas teman lelakinya dan merupakan teman sekerja tanpa pengetahuan suaminya.Menurut beliau sebelum berkahwin dengan suaminya beliau ada mempunyai teman lelaki dan telah beberapa kali melakukan hubungan bersama.Namun teman lelakinya telah dipaksa keluarga berkhawin dengan sepupunya dan beliau juga memilih untuk berkhawin dengan orang lain. Oleh kerana suaminya terlalu baik beliau menjadi serba salah dan selalu dihimpit rasa berdosa kepada suaminya.Saya minta beliau bertaubat dengan hati yang tulus tidak melakukan selingkuh lagi dan saya terangkan akan dosa2 yang akan beliau dapat kerana menduakan suaminya.Saya nyatakan segala bisikan itu berpunca dari perbuatannya menduakan suami dan melakukan dosa2 lama bersama teman lelakinya.Beliau menangis sambil tersedu-sedu menahan sebak dan kesal atas perbuatannya.Saya minta beliau agar taubat nasuha dan mengamalkan beberapa zikir agar hatinya kembali tenang.Beliau juga minta supaya dapat melupakan teman lelakinya.Saya sarankan kepada beliau agar berhenti bekerja dan saya beri beliau beberapa zikir dan doa agar beliau dapat melupakan teman lelakinya.Setelah hampir 5 bulan beliau datang kerumah bersama suami dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada saya kerana beliau telah benar-benar pulih,namun saya suruh beliau mengucapkan syukur kepada Allah kerana telah diberi petunjuk.Ingatlah sesungguhnya syaitan itu sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia dengan pelbagai cara.Ingat Allah sentiasa dan perbanyakan melakukan solat sunat dan zikir2 kepadaNya InsyaAllah kita dapat menjauhi syaitan dan bisikannya.

No comments:

Post a Comment