Tuesday, October 12, 2010

Akibat menuntut ilmu untuk menjadi bomoh yang handal dan disegani...

Kira2 setahun setengah yang lalu saya didatangi seorang bomoh yang hampir sasau ditemani anak dan menantunya.Menurut anaknya bapaknya terjatuh dari motor namun tidak cedera hanya calar2 saja, seminggu kemudian dia mula berkelakuan aneh sering bercakap sendiri dan kadang2 ketawa selepas itu dia menangis pula.Menurut anaknya lagi beliau telah bawa bapanya kehospital namun doktor tidak dapat kesan penyakitnya.Menurut anaknya beliau juga telah berjumpa beberapa bomoh namun keadaan bapaknya tetap tidak berubah dan menurut mereka bapaknya terkena semasa jatuh dari motor.Saya mulakan rawatan dengan selawat dan seterusnya membaca beberapa surah dengan izin Allah saya mula mengesan dengan kebatinan seperti ada yang tidak kena,apa yang saya lihat wajah bomoh tersebut berubah spt seekor naga mendengus nafasnya.Kemudian saya teruskan dengan berzikir kepada Allah wajah bomoh tersebut berubah pula kepada beberapa bentuk yang aneh.Adakalanya bomoh tersebut berubah menjadi spt sami Hindu,adakalanya spt sami Siam dan yang paling peliknya tiba2 beliau bertukar menjadi Dewi Kuan lin (Patung sembahan kaum Cina).Apa yang menghairankan saya tiba2 saja saya berada dirumah beliau dan saya nampak rumahnya penuh dengan senjata lama,minyak-minyak,patung serawak dan ada pula patung Dewi Kuan Lin tingginya lebih kurang 1.1/2 kaki,patung Budha duduk,patung Budha baring dan Serampang tiga yang sering digunakan oleh sami Hindu.Saya beristigfar melihat semuanya itu.Kemudian saya kembali semula dan bertanya pada anaknya apa yang saya lihat tadi samada benar atau tidak.Anaknya hanya menganggukan kepala tanda mengiakan apa yang saya tanya.Saya minta anaknya balik kerumah bersama suaminya dan bawa semua tanpa meninggalkan walau satu pun.Perjalanan kerumah beliau mengambil masa lebih kurang 30 minit dari rumah saya.Setelah hampir tiga jam anaknya kembali membawa tiga kotak besar barang2 milik bapaknya.Saya buka kotak tersebut memang benar spt apa yang saya lihat.Saya keluarkan satu persatu dan saya matikan segala benda2 tersebut dengan renjisan air dari surah yasin semasa saya keluarkan patung2 tersebut tiba2 tekak saya merasa loya mungkin kerana saya tidak pernah menyentuh patung tersebut sebelum ini.Dan akhirnya saya pergi kebilik air dan muntah.Memang meloyakan kerana saya belum pernah melihat seorang islam spt bomoh tersebut yang sanggup menyimpan patung2 spt itu.
Selepas selesai mematikan benda2 tersebut saya minta agar anaknya membuang benda2 tersebut kedalam laut yang hanya tiga kilometer dari rumah saya.Selepas itu barulah saya mandikan bomoh tersebut dengan air dari surah Muhammad dan surah Yasin dengan izin Allah bomoh tersebut pulih.Selepas bomoh tersebut pulih beliau menangis dan ceritakan kepada saya, bahawa beliau ada menuntut ilmu dengan,sami Hindu dan beliau pernah menuntut sehingga ke Indon dan beberapa orang tok sami Budha.Beliau menuntut semua itu agar beliau boleh menjadi bomoh yang hebat dan segala patung2 itu adalah sebagai hadiah kepada beliau.Dan pada setiap malam jumaat semua patung2 itu harus dikemenyankan dan dipuja pula.Mengeleng kepala dan beristigfar saya dibuatnya,anak beliau dan menantunya menangis mungkin kerana malu.Kemudian saya nasihatkan beliau agar bertaubat memohon keampunan kepada Allah dan menyesali segala perbuatannya.Kini beliau telah pulih dan kembali kepangkal jalan dan menginsafi segala perbuatannya.Ingatlah bahawa "Aku naik saksi tiada Tuhan Yang layak disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.Solatlah sesungguhnya solat itu menegah kita dari melakukan kemungkaran..

No comments:

Post a Comment