Sunday, October 24, 2010

Akibat percaya kepada bomoh...Muka kakak ipar terpampang di Kaabah.

Pertengahan bulan January yang lepas saya merawat seorang pesakit yang berusia 38 tahun beliau datang bersama 4 orang ahli keluarga termasuk bapa mertuanya.Mahat (bukan nama sebenar) menderita penyakit sendi2nya bengkak dan tidak mampu untuk berjalan laju, mencangkung dan tidak mampu melakukan tugas sebagai seorang suami.Menurut Mahat beliau telah menderita selama hampir 3 tahun.Menurut Mahat telah berjumpa doktor dan disahkan tidak ada penyakit, telah berjumpa dengan ramai bomoh dan dukun namun penyakitnya tidak mahu sembuh.Bomoh2 tersebut mendakwa bahawa beliau telah terkena buatan abang dan kakak ipar sendiri kerana dengki dengan kejayaannya.Dan bomoh tersebut mendakwa bahawa kakak iparnya mempunyai ilmu yang tidak baik dan payah untuk dikalahkan.Mula2 beliau tidak percaya namun bukan seorang hampir sepuloh bomoh mengatakan hal yang sama.Beliau sangat marah kepada kakak iparnya kerana tergamak melakukan perbuatan begitu kepadanya dan telah mengadu kepada bapa mertuanya dan kedua orang ibu bapanya.Menurut Mahat telah dinasihatkan oleh bapa mertuanya agar pergi ke Mekah memohon petunjuk dari Allah. Beliau dan isterinya bersetuju dan telah pergi ke Mekah melakukan umrah dan memohon petunjuk dari Allah. Semasa melakukan tawap beliau terpandang wajah kakak iparnya tersenyum di dinding Kaabah.Ini membuatkan beliau semakin yakin dengan kata bomoh2 tersebut ini menjadikan hubungan beliau dengan abang dan kakak iparnya semakin keruh dan semakin renggang.Kakak Ipar dan abangnya kini telah berpatah arang dengan beliau kerana marah apabila dituduh begitu.Kini kakak Ipar dan abangnya telah dipinggirkan oleh semua keluarga kerana marah atas perbuatan mereka.Puas beliau berusaha berubat namun belum bertemu jodohnya.Saya hanya menganggukkan kepala saja.Saya mulakan rawatan dgn selawat dan surah fatihah dan diikuti beberapa surah,dengan izin Allah saya mula mengesan penyakitnya.Apa yang saya lihat sungguh mengejutkan dimana seekor jin yang menyerupai sami Budha dan jin tersebut memegang pa da setiap sendi Mahat.
Dengan izin Allah saya mula berdailog dgn jin tersebut yang mulanya begitu marah dengan kehadiran saya,namun jin tersebut mula berlembut bila saya katakan bahawa saya datang bukan berniat jahat.jin tersebut bertanya apa hajad saya bertemu dengannya.Saya bertanya kenapa beliau menganggu Mahat.Sambil ketawa jin tersebut mengaku bahawa tuannya menerima upah dari seseorang untuk melumpuhkan Mahat.Menurut jin tersebut Mahat juga telah diberi makan benda yang tidak baik oleh tuannya.Dan jin itu juga mengaku mengelabui mata Mahat semasa Mahat dan Isterinya diMekah dan mengelirukan Mahat agar percaya segala angkara semuanya itu oleh kakak iparnya sendiri.Saya bertanya apa hubungan orang tersebut dengan Mahat,namun jin tersebut tidak mahu bekerjasama dan menjadi marah pada saya.Puas saya pujuk jin tersebut tetapi jin tetap berkeras dan menjadi berang kepada saya.Namun akhirnya jin tersebut akur bila saya membaca zikir dan ayat 2 Al Quran.Dan menerangkan bahawa rakan kongsi niaga Mahat yang memberi upah kepada Tuannya kerana sakit hati pada Mahat.Menurut jin tersebut rakan kongsi Mahat marah sebab Mahat marah padanya kerana terlepas beberapa projek dan Mahat terlepas kata2 yang menyakitkan hatinya.Saya minta jin tersebut melepaskan Mahat namun tidak mahu kerana takut tuannya marah.Akhirnya saya paksa jin tersebut dengan zikir2 dan ayat2 suci Al Quran dengan izin Allah jin tersebut bersetuju untuk melepaskan Mahat.Dengan izin Allah juga selepas saya gorah Mahat mengunakan air penawar yang telah dizikirkan maka keluarlah segala benda2 kotor yang termakan oleh Mahat.Kemudian saya terangkan apa yang sebenarnya menimp beliau barulah beliau faham dan menangis menyesal kerana telah tersalah sangka terhadap iparnya .Dan beliau menyesal kerana percaya kepada bomoh yang mengubatinya.Saya nasihatkan beliau agar balik nanti minta maaf kepada abang serta kakak iparnya.Dan berbaik-baik antara satu sama yang lain.Ini semua kerja syaitan2 yang tidak berhenti memecah belahkan dan melaga-lagakan antara satu sama lain dengan pelbagai cara dan helahnya yg licik.Semata-mata untuk meruntuhkan iman seseorang itu agar melakukan perkara2 syirik kepada Allah.
Baru2 ini setelah pulih sepenuhnya beliau telah datang kembali kerumah saya bersama isteri serta abang dan kakak iparnya.Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada saya kerana telah membuat beliau dan kakak iparnya kembali bersatu seperti sedia kala.Dan semua keluarga telah berbaik semula dengan kedua abang dan kakak iparnya.Saya pinta kepada beliau agar mengucapkan syukur kepada Allah kerana telah diberikan petunjuk melalui saya.Alhamdulillah saya memanjatkan syukur kepada Allah kerana dengan izinnya saya dapat merapatkan kembali keluarga yang telah bermusuhan begitu lama.

No comments:

Post a Comment