Friday, October 1, 2010

Berkat Hari Raya yang kesebelas.....

Pada tahun 2007 Saya merawat seorang pesakit wanita berusia dlm 29 tahun masih bujang(Janda x ada anak) yang terkena santau dan menderita sakit hampir 7 tahun .Semasa saya merawatnya dengan izin Allah pesakit tersebut mengeluarkan gumpalan2 seperti rambut dan ketulan2 kecil darah beku setelah selesai beliau meminta izin untuk pulang dan tidak pernah datang lagi dan saya juga tidak tahu samada beliau telah pulih atau belum.Pada 20/09/2010-Jam 2.30 ptg sedang saya melayan pesakit yang baru selesai dirawat, berhenti sebuah kereta Mercedes bewarna hitam kemudian turun seorang wanita cantik mcm artis bersama seorang lelaki muda dan seorang wanita yang agak berusia mendokung seorang anak kecil memberi salam dan terus masuk.Setelah berkenalan antara satu sama lain..tiba2 wanita itu berkata "Pak Haji x kenal saya ke?".Saya pandang wajahnya namun tidak ingat."Cuba Haji ingat2kan..xkan x ingat "Katanya lagi.Saya hanya mampu mengelengkan kepala,"X ingat kata saya."Maznah (bukan nama sebenar) yang dulu 2008 berubat kana santau ingat lagi x ?".Setelah lama termenung barulah saya ingat..Ya Allah Yang Maha suci.. bersyukur aku kepada Mu dulu wanita ini begitu teruk wajahnya spt nenek2 kurus kering kini cantik mcm bidadari saya mengusap mata seolah tidak percaya.Kemudian beliau menceritakan kepada saya dengan izin Allah selepas berubat dengan saya kesihatan beliau semakin pulih dari sehari kesehari kemudian beliau juga telah meneruskan kembali perniagaan sehingga kembali berjaya dan beliau telah berkhawin pada awal tahun 2008 dan dikurniakan anak satu.Tiba2 mlm raya keempat saya mimpikan Tuan Haji..saya minta maaf ji kerana tidak berjumpa dengan haji dan bagi tau samada saya sudah pulih atau belum..maafkan saya ?" katanya dengan penuh sebak."Alhamdullillah" saya mengucapkan syukur kepada Allah.Menurut cerita dari ibu pesakit ini beliau merupa seorang yg pendiam,penyayang,beliau juga tidak mempunyai musuh,beliau juga sangat suka membantu keluarga dan beliau juga merupakan seorang peniaga wanita yg berjaya namun entah bagaimana silapnya tiba2 beliau jatuh sakit.Ingatkan sakit biasa bawa kedoktor tidak sembuh juga, kemudian beliau disorkan mencuba rawatan tradisional tidak juga sembuh.Badan yang berisi kini kurus kering wang telah habis berubat puluhan ribu namun tidak berjaya.Pesakit dan keluarga beliau telah hampir berputus asa wang telah habis beribu2 perniagaan terlingkup hanya air mata penderitaan yang mengalir setiap hari.Dengan kuasa Allah suatu hari beliau telah dilawati seorang rakan lama.Rakan yang telah lama tidak bertemu terkejut melihatkan rakannya terbaring lesu terpaku beliaubenar2 kesihan melihat keadaan rakannya yang dulu cantik berisi kini mcm papan sekeping.Beliau bertemu keluarga wanita tersebut dan mengajak bertemu Hj Din Rawatan Tradisional Sedut Marifat namun ditolak keran sudah tidak percaya kepada rawatan tradisional lagi dan tidak cukup duit untuk buat rawatan.Rakan tersebut terus memujuk sehingga akhirnya keluarga tersebut bersetuju tetapi dengan syarat rawatan terakhir kerana beliau telah putus asa dan menyerahkan kepada takdir Illahi sahaja.Kini dengan izin Allah beliau telah sihat walafiat dan berjaya kembali.Beliau dan keluarga tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada saya namun saya ingatkan beliau saya hanya hamba biasa yang menolong kepada yang memerlukan ucapkanlah syukur dan terima kasih kepadaNya hanya Dia yang Maha Penyembuh. Selepas asar lebih kurang pukul 5.30 beliau dan keluarga minta diri.Alhamdullillah haji ucapkan kepada Allah semuga Allah memberkati dan memberikan rahmatnya dan dimurahkan lagi rezeki kepada (Maznah bukan nama sebenar kerana beliau tidak mahu dikenali dan Haji menghargai permintaannya)..Amin

No comments:

Post a Comment