Friday, October 1, 2010

Berkat Isteri Demam..

25/09/2010- Hari ini saya tidak ambil pesakit kerana pembantu peribadi saya deman maklumlah penat sangat melayan tetamu yang dtg beraya dan berubat siang malam tak henti-hentinya.Kadang2 kesian juga saya tengok dia begitu setia membantu saya dan melayan karenah pesakit tanpa jemu2,walau penat macamana sekalipun dia tetap tersenyum x pernah dia masam muka baik dengan saya mahupun dengan tetamu2 saya.Bersyukur saya kepada Allah kerana dikurniakan kepada saya seorang isteri yang setia bersama takala saya susah mahupun waktu senang.Jika dia demam saya pun ikut demam maklumlah dah 20 tahun lebih hidup bersama.kalau dia tak ada mati kutu saya dibuatnya..Kami berdua ni mcm tulah kalau saya deman dia pun ikut demam sampai anak2 kata papa dengan mama nie makin tua bukan main lagi asik nak berdua je..nak kepantai pun berdua.. x naklah ajak kami bersama..memang tidak saya nafikan 20 tahun lebih kami tidak pernah pergi berjauhan dan Alhamdullillah kami tidak pernah bergaduh apa tah lagi bermasam muka.Apa tah lagi kini anak2 mula membesar remaja dan 2 org dah masuk Universiti kini kami tinggal dirumah dengan 3 anak kami dah besar dah pandai buat hal sendiri-sendri.Kadang2 kami tinggal berdua je mcm merpati 2 sejoli pulak hehe...Hari nie dia demam pulak..bagus juga dapat saya rehat sedikit..dari pagi sampai ptg kita berdua bantai berehat anak2 pula buat hal mereka sendiri2 agaknya bagi can sama papa dan mama mereka rehat. Sambil rehat menuntun tv saya picit2kan kepala Isteri tersayang..jgnlah kau demam lama2..kira-kira pukul 5.30 ptg tiba2 terdengar suara memberi salam kelam kabut dibuatnya rumah tengah bersepah.Kemas apa yang sempat saja baru saya persilakan tetamu masuk.Mereka datang enam orang naik van katanya dari Johor, seorang daripada mereka bertongkat dua katanya tulang belakang patah terjatuh dlm longkang dah setahun tidak boleh berjalan tanpa tongkat.. doktor nak buat pembedahan tapi asyik tangguh je tak cukup modal jumpa bomoh urut dan ustaz dah ramai namun belum jodohnya.Isteri yang tersayang walau pun demam namun hatinya tetap mulia kedapur juga dia membuatkan sedikit juadah buat tetamu dari jauh..tersentuh hati saya melihat isteri walau mengigil badannya demam namun tetamu tetap dilayan dengan mesra dan penuh keiklasan.Alhamdullillah.Saya memulakan rawatan dengan meminta petunjuk kepada Yang Maha Kuasa dan memohon dipersembuhkan pesakit yang menderita.Saya suruh salah seorang dari mereka keluar kepasar bersama anak lelaki saya untuk membeli limau nipis untuk buat rawatan maklum kehabisan limau.Dari pandangan mata hati saya berkata InsyaAllah boleh,saya yakin dari pengelaman2 yang lalu saya rasa boleh..InsyaAllah..Bismillahirrahmanirrahim saya mula mengurut dengan kaedah batin dari jarak 2 depa tidak sampai 5 minit saya suruh pesakit bangun.keluarga nak bantu saya tidak bagi.."Bangun jangan gunakan tongkat berjalan perlahan-lahan".Pesakit bangun dengan agak susah dan takut terjatuh..Jalan saya bagi perangsang.. jgn takut haji ada..Dengan izin Allah pesakit boleh berjalan walau pun perlahan-lahan dan bertatih-tatih."Jalan terus...pusing hadap ke Haji " Alhamdullillah dengan izinNya pesakit sudah boleh berjalan dan sihat spt sedia kala.Sebaik rakan sampai dari pasar dia terkejut kerana kawannya dah boleh berjalan spt sedia kala tanpa menggunakan tongkat.Selesai yang patah ingatkan dah boleh rehat..rupanya kawan2 yang lain minta berubat juga..macam2 penyakit..Alhamdullillah dengan izin Allah dan dengan berkat bantuan dari isteri tersayang akhirnya selesai juga saya merawat pesakit sekitar pukul 4.00 pagi.Balik je para tetamu kami berdua pulak pengsan kepenatan namun kami bersyukur kerana Allah tetap memberi kami kekuatan untuk membantu kepada yang memerlukan dan memuliakan kami sekeluarga."Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Maha Penyayang..kesihanilah pesakit2 yang telah kau seru untuk bertemu dengan ku sembuhkanlah mereka,kurniakanlah mereka kesihatan yang baik agar mereka sihat dan dapat beribadat dgn sempurna kepada Kau dan dapat mencari rezeki untuk dirinya dan keluarga.Ya Allah khusus untuk isteriku sembuhkanlah dia dari demamnya dan segala penyakitnya jika ada,ampunilah dosanya jika ada,terimalah ibadatnya,berikanlah pahala kepada pengorbanannya sebagai seorang isteri yang setia pada suaminya dan anak-anaknya,Ya Allah masukanlah Isteriku kedalam golongan Isteri-isteri yang missalli/solleh,kurniakanlah rahmat dan rezeki kepadanya Ya Allah. Sesungguhnya Ya Allah.. Engkaulah Yang Maha Pengasih dan Penyayang,Yang Maha Pengkabul segala doa2..Ya Allah kabulkanlah segala permintaan ku..yang telah ku pinta dan akan ku pinta kepada MU kelak..Amin..Amin..Yarobbala'lamin...

No comments:

Post a Comment