Friday, October 1, 2010

Harapkan Pagar,Pagar makan Padi..

23/09/2010 Lebih kurang pukul 2.30 pagi saya dikejutkan dari tidur oleh isteri saya ada tetamu.Saya bangun dan cuci muka saja dan terus mempersilakan 5 orang tetamu 2 lelaki dan 3 perempuan masuk kerumah setelah berkenalan seketika baru saya tahu mereka dtg dari Pahang.Mereka minta maaf kerana menganggu saya pagi2 buta.Saya katakan x apa memang sudah tugas saya.Isteri saya di dapur datang membawa minuman panas bagi menghormati tetamu.Mereka datang bagi merawat anak gadis mereka yang tidak mahu bercakap dan banyak termenung kadang-kadang menangis x tentu pasal setelah hampir setahun.Mereka telah berubat merata namun tidak mahu pulih malah keadaan anak gadisnya yang berusia 15 tahun semakin bertambah buruk tidak mahu bercakap.Mereka kata anak mereka kena buatan orang setelah pergi kepada beberapa orang dukun dan juga bertemu dengan pengamal2 perubatan Islam terkena buatan bomah siam.Saya hanya menganggukan kepala saja.Saya mulakan rawatan dengan meminta petunjuk kepada Allah apa yang saya nampak benar-benar memeranjatkan saya..2 kali saya minta petunjuk namun sama bukan sihir,mahupun gangguan hantu setan atau jin...saya panggil ibu dan budak perempuan masuk kekamar untuk bertanya maklum diluar ramai takut budak malu.."Maaf Mak cik saya nak bertanya pada anak mak cik boleh ?" . " Boleh silakan.." " Maaf dik..pernah melakukan melakukan perbuata tidak baik samada dengan teman lelaki atau sesiapa saja ?" Budak perempuan tu hanya tunduk menangis teresak-esak..Saya tanya kembali persoalan yang sama sambil merenung pada ibunya."Saya takut nak cakap...". Jgn takut cakap je Hj ada .."Saya x nak tapi dia paksa.." budak perempuan teresak-esak menangis.Saya lihat ibunya spt org terperanjat."Siapa org tu bleh Hj tau ?".Geleng kepala suara tangisnya semakin kuat."Jgn takut nak cakap je Hj ada..apa2 hal InsyaAllah hj akan selesaikan" Saya memujuk budak tersebut."Pak Su.." budak menangis sambil menutup mukanya..Ibu budak perempuan tu terus menangis sambil memeluk anaknya.."Sial punya adik.."Setelah disoal siasat rupanya Pak Su budak nie telah 2 kali melakukan hubungan terlarang dengan anak saudara sendiri semasa ibu dan bapanya tidak ada dirumah.Ibu budak perempuan tu juga seolah tidak percaya kerana adiknya sangat warak dan mempunyai Ijazah dlm pendidikan Islam.Harapkan pagar pagar makan padi..jika nafsu telah dikuasai iblis darah daging sendiri pun sanggup dilahapnya..Setelah selesai upacara soal jawab kami keluar.Siibu dan anaknya berpelukan sambil menangis org2 diluar berpandangan penuh keheranan.Kenapa tanya bapa gadis tersebut.Setelah didesak beberapa kali akhirnya si isteri terpaksa berterus terang kepada suami dan bapa mertuanya.Saya lihat si suami dan bapanya menitiskan air mata sambil mengeleng-ngelengkan kepala.Setelah keadaan reda saya pun memberikan mereka sedikit nasihat samada mereka nak terima atau tidak itu terpulang kepada mereka.Mereka sekeluarga mengucapkan banyak2 terima kasih kepada saya kerana dapat menyelesaikan masalah mereka namun saya pinta mereka agar bersyukur kepada Allah kerana telah dibukakan pintu hati untuk bertemu dgn saya dan dikabulkan pemintaan mereka, agar dpt selesaikan masalah mereka.Selepas solat subuh baru mereka beredar dari rumah saya.Alhamdullillah kpd Mu ya Allah kerana memberi petunjukMU sehingga terungkainya misteri yang hanya Engkau Yang Maha Mengetahui."Ya Allah selesaikanlah juga masalah mereka selepas ini, sesungguhnya jika Engkau nak buka aib mereka di dunia tidak halangan bagi Mu dan jika hendak ditutup aib mereka juga tiada siapa yg boleh menghalangnya.Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang dilangit mahupun dibumi...Allah Maha Suci...Ampunilah aku ya Allah sesungguhnya aku hanya menjalankan kewajiban ku sebagai hamba Mu dan menolong mereka yang sedang kesusahan..Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa.

No comments:

Post a Comment