Friday, October 1, 2010

Merawat Rasukan Nyai Rorokidul Ilmu Syaitan.

Kalau tidak silap saya perkara ini berlaku pada hari raya keempat 2 tahun lepas,sebaik selesai solat magrib seperti biasa saya duduk dikerusi sambil membaca terjemahan Al Qurqan.Isteri saya spt biasa di dapur,tiba2 terdengar org memberi salam.Anak saya keluar membuka pintu pagar tiba2 dtg meluru seorg lelaki saya tidak kenal beliau.. "Ji tolong dlm kereta ada 2 org sdg pengsan".Saya bergegas menuju kereta apa yg saya lihat 2 org perempuan tidak sedarkan diri.Lelaki tersebut menerangkan yang dihadapan tu isterinya berketurunan Iran tapi dah lama menetap diMalaysia dan dibelakang tu pembantu rumah warga IndonesiaSaya buka pintu kereta sambil membaca ayat kursi dan 3 kul memohon kpd Allah agar disedarkan 2 org perempuan ini,Jika nak diangkat rasanya tidak sanggup yang duduk dihadapan je kus semanggat.Dengan Izin Allah kedua perempuan kembali sedar lalu saya persilakan masuk, isteri saya nak bantu memapahnya tapi saya tidak benarkan kerana pada firasat saya ada yang tidak kena pada kedua perempuan ini.Sebaik kedua perempuan itu masuk pembantu rumah tadi terus rebah dan majikannya tersandar di dinding rumah,selang beberapa minit datang satu kereta lagi dan berhenti depan rumah lalu keluar sepasang suami isteri mereka pernah dtg kerumah sebelum ini."Alhamdullillah dah sampai pun" kata suami wanita tersebut.Rupa2nya mereka saling kenal mengenal dan mereka yang mengesyorkan dtg kerumah saya untuk berubat.Sebaik saya merawat Isteri lelaki td tiba2 pembantu rumah mereka terjaga dan mula meracau sambil bersilat.Semua yg berada dlm rumah kelamkabut dibuatnya,tenang kata saya..Suami wanita tersebut cuba untuk membantu memenggang pembantu rumahnya namun saya tidak benarkan.Secara tiba2 juga Isterinya pula mula meracau dan pergerakan tangannya spt orang bersilat.."Mampus aku kali nie bisik hati saya sambil memohon kekuatan kpd yang Maha kuasa".Namun saya tidak mati akal saya mula membaca selawat, Fatihah , ayat kursi dan beberapa lagi ayat Quran dan terus mengunakan jurus tenaga dalam utk memasung Isteri lelaki tersebut drp bergerak,sebaik selesai saya memasung dgn ayat Al Quran secara tiba2 pembantu mereka menyerang saya dgn jurus dlm,saya sempat mengelaknya dan terkena tgn kiri saya lalu terkelai tidak bermaya,sakitnya hanya Allah yg maha mengetahunya.Saya terus membaca beberapa lagi surah yang saya hafal dgn izin Allah mata batin saya melihat pembantu tersebut berubah menjadi spt" Barongan"(Permainan mistik masyarakat jawa).Dlm menahan kesakitan saya mula bertarung selama 1/2 jam dan dgn izin Allah dapat saya tumpaskan pembantu tersebut rebah tidak sedarkan diri.Saya menghela nafas lega dan meminta segelas air sejuk untuk menghilangkan dahaga baru sahaja meneguk sedikit air sejuk secara tiba2 pembantu tersebut bingkas bangun lalu mengaum kuat spt harimau dlm zoo secara tiba2 saya lihat rumah saya penuh sesak dengan jiran2 dtg untuk membantu saya namun saya tegah takut berjangkit kpd mereka pula.Saya mula membaca ayat2 suci Al Quran dan apa yang mengejutkan saya pembantu tersebut telah berubah menjadi seekur harimau yang sangat garang mula mengaum dan tangannya bergerak2 spt nak mencakar saya.Tiba2 saya terdengar suara majikannya menjadi kasar spt suara lelaki berkata kpd pembantunya "Bik jgn takut..jika kita bergabung tidak siapa boleh kalahkan kita..hahaha..aku boleh bunuh siapa saja dari jauh..haha.." saya lihat tgnnya mula bergerak spt bersilat apa yg mengejutkan saya disisi beliau saya lihat ada 4 org yang tegap2 berupa 2 org Arab dan 2 org hitam mcm Negro namun mereka semua tidak dpt bergerak kerana telah saya pasung.Saya meneruskan pertarungan secara batin dgn pembantu rumah hampir 45 minit dgn izin Allah dapt saya tumpaskan kembali pembantu tertsebut terus tidak sedarkan diri.Badan saya mula menggigil kepenatan peluh lencun satu badan semua yang melihat waktu itu merasa simpati dengan saya dan cuba utk membantu namun saya tidak bagi kerana dah memang kerja saya.Saya dpt berehat lebih kurang 3 minit sekali lagi pembantu tersebut bangun kini dia berubah menjadi seekor buaya merenung saya seolah nak menerkam kearah saya.Saya bangun lalu memasang kuda2 sambil saya membaca ayat2 suci Al Quran dan saya bertarung dgn mengunakan jurus2 dalam,saya lihat pembantu rumah tersebut sudah kelihatan lemah tiba2 tgnnya spt meminta sesuatu rupa2nya ia meminta makanan berupa bunga..Salah seorang jiran (agak faham) nak bagi bunga pada pembatu tersebut namun saya tegah,jika dibagi ia akan semakin kuat.Secara tiba2 pembantu tersebut menerkam kearah bunga plastik dibelakangnya lalu mengambil secekak bunga plastik bertangkai dawai lalu memakannya, semua yang ada berasa hairan kerana pembantu tersebut boleh makan bunga yang bertangkaikan dawai spt mengunyah sirih saja.Saya bertarung pada kali ini memakan masa hampir sejam saya benar-benar lesu kerana tidak pernah saya menghadapi tentangan segegini sebelum ini.Dengan izin Allah pembantu tersebut kembali tenang dan tertidur tidak bergerak kembali.Setelah berehat seketika saya mula merawat majikannya pula.Saya mula membaca beberapa ayat suci Al Quran namun tidak berkesan majikan dan pembantu-pembantu ghaibnya mengikuti apa yang saya bacakan maklumlah mereka telah terbiasa dgn ayat suci Al Quran dan memang asal keturunan Arab sambil sekali-kali ketawa mengejek kearah saya.Saya benar2 mati akal sambil berdoa kepada Allah minta dimuliakan pada org banyak.Secara tiba2 saya teringat jampi Melayu yang diajarkan oleh Almarhum ayahanda Maha Guru Silat Tangkas kepada saya,lalu saya membacanya secara tiba-tiba majikannya berkata dgn suara garau "Hai baca Melayu pulak.." "Ha kena kau si Ahcong bisik hati saya" dengan izin Allah secara tiba-tiba majikan dan pembantu ghaibnya tersungkur rebah diatas lantai dan tertidur pengsan.Alhamdullillah hampir pukul 2.30 pagi baru selesai saya merawatnya dan memandikan kedua mereka dihalaman rumah apa yang menghairankan saya dan semua yang ada sewaktu dimandikan keluar bau yang sangat busuk mcm bangkai semua yang ada menutup hidung tidak tahan mencium bau tersebut.Selepas selesai semuanya barulah saya difahamkan yang pembantu rumah tersebut pernah menuntut dan bersemadi selama 3 bulan semasa dijawa,menuntut ilmu Nyai rorokidul katanya dan telah berusaha membuangnya dgn bantuan bomah dan ustaz2 namun tidak berhasil dan mereka tidak sanggup.Pembantu tersebut sering diganggu dan sering histeria bila-bila masa.Majikannya pula difahamkan suka menuntut ilmu dan pernah bersemadi selama 21 hari di Pulau Besar dan pernah mendapat sesuatu sewaktu melakukan persemadian.Beliau juga merupakan anak murib kepada pembantu beliau.Juga sering histeria dan seolah-olah ada yang mengikutnya.Alhamdullillah selesai dan saya minta mereka datang kembali kerumah saya 3 hari lagi, mereka balik kurang lebih pukul 3 pagi.Tiga hari kemudian mereka dtg kembali Alhamdullillah mereka benar-benar pulih spt sedia kala dan kini mereka merupakan anak murib saya dan sering dtg kerumah mendalami ilmu Allah.Sememangnya malam itu merupakan ujian Allah yang belum pernah saya rasakan sepanjang sebagai pengamal perubatan Tradisional.Malam itu saya benar2 keletihan yang amat sangat dan tangan kiri saya tidak boleh diangkat kesakitan,malam itu juga saya muntah hijau mungkin penangan pukulan dalam dari pembantu rumah..Saya mohon kpd Allah dan merawat sendiri tgn saya sambil dibantu isteri tersayang yang menitiskan air mata melihat penderitaan saya.Namun saya bersyukur kerana kuasa Allah melebihi segala kuasa yg ada.Tanpa kekuasaan Allah dan bantuan yang diberi siapalah kita insan yang amat kerdil."Ya Allah salam dan selawat keatas junjungan kami Muhammad saw dan segala puji hanya kepada Engkau Tuhan alam semesta, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha berkuasa pada tiap2 sesuatu dan sesungguhnya hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya pada Engkau kami memohon pertolongan.Dan sesungguhnya pertolongan Mu yang berbondong-bondong tanpa mengira waktu dan kepada sesiapa yang kau kurniakan diantara hamba-hamba Mu. Sememangnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang.Ya Allah kami bertaubat diatas Kebesaran Mu yang memiliki semesta alam,ampunilah kami hamba Mu.. samada dosa2 yang terdahulu, yang kami ketahui,yang tidak kami ketahui,yang sengaja dan tidak sengaja kami lakukan,ampunilah juga dosa2 kedua orang ibu bapa kami tempatkanlah mereka didalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh,isteri,anak-anak,adik beradik dan dosa2 seluruh muslimin dan muslimat.Ya Allah kurniakan lah rahmat Mu kepada kami,kurniakanlah rezeki tanpa putus-putusnya sehingga keanak cucu cicit dan keturanan kami,kurniakanlah jua rezeki Mu kepada semua kaum islam yang lainnya agar kami semua dapat meneruskan penghidupan dan beribadat kepada Mu dengan penuh kesempurnaan.Ya Allah permudahkanlah urusan kami samada didunia dan diakhirat kelak,muliakanlah kami,Ya Allah kami mohon kepada Mu kau peliharalah kami dari kejahatan manusia jin dan syaitan dan segala musuh2 kami,Engkau satu padukanlah rakyat negara kami, aman damaikanlah negara kami dan Engkau hancur dan musnahkanlah segala pengkianat2 yang cuba mengkianati agama ,bangsa dan negara kami.Sesungguhnya kami berwakil hanya kepada Engkau Tuhan semesta Alam..kabulkanlah segala pemintaan kami dan apa yang akan kami pinta kelak,Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha pengasih dan Penyayang..Amin..

No comments:

Post a Comment