Sunday, October 3, 2010

Saka keturunan menipu dipanggil dari Siam...

Secara tiba2 wanita pertengahan umur itu meracau dan tangannya mula beraksi spt org bersilat.Beberapa org keluarganya cuba untuk memegangnya namun saya tidak benarkan.Saya terus membaca surah fatihah diikuti pula Aliflammim dan akhir surah Baqarah sambil merenung tepat kearah mata wanita tersebut.Secara tiba2 wanita itu mengeluarkan suara yang garau."kau jgn nak jadi hero..kau tahu aku datang dari Siam..keluarga aku panggil..hahha.." namun saya tidak layan saya teruskan membaca beberapa ayat dari surah Al A'faf ayat:43-56 bermaksud "Dan Kami hilangkan rasa dendam (penyakit hati) dari dalam dada mereka.."Hei penipu..kalau berani cakap terang2..jgn nak jadi hero..aku cabar..haha.." wanita tersebut bermaksud tidak mahu berdailog cara batin tapi mahu secara lisan mungkin cuba memerangkap dan memalukan saya.Saya cuma anggukan kepala tanda setuju."Kau tahu aku datang dari siam..keluarga aku panggil pasal dia nak harta pesaka...haha..kau jgn nak jadi hero..aku tak takut sama kau penipu.."Apa yang saya lihat secara batin wanita tersebut telah berubah menjadi seorang wanita yg amat tua memakai baju kurung Kedah berkain batik lusuh dan rambutnya mengerbang tidak ubah mcm nenek kebayan dlm tv."Kau kata dtg dari Siam kenapa x cakap siam pembohong memang dasar syaitan suka menipu.."saya pancing kemarahannya pula."hei laknat aku cakap apa pun kau apa peduli" wanita tersebut menjerit sambil tangannya ditumbukan pada lantai dengan kuat dan mula meracau-racau dan tgnnya bergerak-gerak seolah bersilat."Pendekar konon tak sedar bawah tu belah..penipu punya syaitan.."."Aahh..sakit..sakit..sambil menutup telinga dan mula bergerak seolah nak menyerang saya.Saya ambil air surah Yassin lalu saya renjiskan kepada wanita tersebut sambil lafaskan takbir Allahu akbar! beberapa kali.Dengan izin Allah Yang Maha Kuasa wanita tersebut menjerit kepanasan lalu rebah kelantai lalu pengsan tidak sedarkan diri.Dari apa yang saya fahami semasa saya berdailog secara batin wanita ini sebenarnya dirasuk oleh saka keturunan sendiri kerana telah lama tidak dibela dan diberi makan.Setelah wanita tersebut sedar sambil megerang kesakitan memegang tangannya yg ditumbukan kelantai bertanya dimana dia kini.Menurut keluarga, wanita tersebut menderita dirasuk hampir 7 tahun dan hampir setiap hari kena rasuk sehingga tidak boleh buat kerja lain.Mereka telah membawa wanita tersebut menemui bomoh dan beberapa org ustaz.. menurut bomoh dan ustaz2 wanita tersebut kena buatan orang.Saya terangkan perkara sebenar mereka terperanjat dan minta dibuangkan sakanya.InsyaAllah saya menyetujuinya..Selepas dibuang sakanya kini perempuan tersebut telah pulih spt sedia kala.Ingat Syaitan musuh Allah dan musuh kita jadi jgn sekali-kali kita bersahabat dengannya dan berurusan dgnnya..Cukuplah hanya Allah yang menjadi wakil kita...

No comments:

Post a Comment