Monday, November 8, 2010

Kunci Silat Sekapur Sirih Menewaskan Bomoh Indon..

Datin Rina (Bukan nama sebenar) berusia hampir lima puluhan namun tetap cantik seusia dua puluhan telah datang berjumpa saya kira2 setahun yang lalu dengan linangan air mata menceritakan yang suaminya ada hubungan dengan seorang pelakun.Kini suaminya tidak menghiraukan beliau dan anak2.Kelakuan suaminya yang penyayang benar2 berubah sama sekali semenjak berhubungan dengan artis tersebut.Kini beliau dan suaminya umpama retak menanti belahnya saja.Telah puas beliau berusaha berjumpa bomoh dan ustaz2 namun belum bertemu penawarnya.Beliau juga mendakwa bahawa suaminya langsung tidak menyentuhnya hampir 3 tahun,beliau benar2 kecewa dan hampir putus asa.Menurut Datin Rina semua bomoh dan ustaz yang ditemuinya mengesahkan bahawa suaminya telah terkena ubat guna2 dari artis tersebut.Saya mulakan rawatan dengan berselawat kepada Nabi dan puji2an kepada Allah Yang Maha Kuasa keata setiap makluknya.
Dengan mengunakan tenaga dalam /kebatinan yg saya pelajari dari aruah bapa Al Marhum Hj Adnan B Wangso dapat dilihat dengan jelas apa yang terjadi.Saya lihat seorang lelaki Indon yang saya percayai seorang bomoh sedang memegang dua keping gambar sambil mulutnya tidak henti membaca mentera.Bomoh tersebut terkejut dengan kehadiran saya dan bertanya apa tujuan saya datang.Saya terangkan tujuan saya dan meminta beliau hentikan segala perbuatannya.Namun beliau tidak bersetuju dan menerangkan bahawa beliau telah menerima upah yang lumayan untuk merapatkan hubungan kedua orang tersebut.Saya tanya kepadanya berapa dia dapat upah dari artis tersebut.Sambil tersenyum dan ketawa beliau mendakwa dibayar hampir Rm 100,000 dan diberi sebuah rumah untuk beliau tinggal di Malaysia ini.
Saya pujuk beliau namun tidak berhasil, malah beliau mengancam untuk mencederakan saya dengan segala ilmu yang beliau miliki.Namun saya tidak putus asa terus memujuknya untuk menghentikan segala usahanya.Secara tiba2 saya rasa dada saya seperti dipukul sesuatu yang sangat kuat dan saya tercampak kebelakang dengan kuatnya.Saya cuba bangun namun hampir tidak mampu dan akhirnya saya muntah bercampur darah akibat pukulan tersebut,saya lihat dibahagian dada saya menjadi lebam kehitaman.Apa yang saya rasa begitu menyakitkan namun saya tetap bangun dan memohon perlindungan dari Allah Yang Maha Kuasa.Saya menarik nafas sedalam-dalam lalu menahannya dengan mengeraskan segala otot2 hampir dua minit.Kemudian saya lakukan gerakan senaman sedut marifat termasuk jurus2 pululan tangkas yang dipelajari dari aruah bapa untuk mengurangkan sakit dada saya.Bomoh Indon tersebut menggelakan segala perbuatan saya dan mengejek-ejek saya dan memperkecilkan segala kebolehan saya.Tanpa disedari saya kini benar2 berada dihadapannya dan mula melawan dengan melakukan beberapa buah pukulan namun dapat dielak oleh bomoh tersebut.Bomoh tersebut juga melakukan serang balas namun dapat saya patahkan dan bermulalah pergelutan antara saya dengannya.
Dalam pergelutan tersebut dengan izin Allah saya ternampak sedikit kelemahan lawan lalu saya kais kakinya dan beliau tertiarap ketanah.Tanpa membuang masa saya menangkap tangannya dan terus mengunci dengan kuncian sekapur sirih,dimana saya kini duduk dibelakang beliau dengan kuncian yang kemas.Alhamdullillah lawan langsung tidak berkutik setelah dikunci.Saya menarik nafas panjang dan terus menekan lawan agar menghentikan perbuatannya.Namun beliau tidak mahu dan cuba meronta untuk melepaskan diri,namun semakin beliau meronta semakin kuat pula kunci sekapur sirih.Inilah istimewanya kuncian sekapur sirih berkat silat Tangkas yang dipelajari dari bapak Alhamdullillah saya mengucapka syukur kepada Allah di atas kurniaNya kepada saya.Akhirnya bomoh tersebut akur dan bersetuju melepaskan sihirnya.Saya lepaskan bomoh tersebut setelah membuat perjanjian damai dengannya.
Kini hubungan Datin Rina dan suaminya kembali pulih seperti sedia kala.Baru-baru ini beliau telah datang menziarahi saya bersama suami dan tiga orang anaknya untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan menghadiahkan saya sedikit habuan kerana beliau telah bernazar untuk diberikan kepada sesiapa yang dapat memulihkannya.Saya tolak dengan iklas namun beliau tinggalkan juga pemberian itu kepada saya dan mengaku bahawa saya telah dianggap adiknya dunia dan akhirat.Terima kasih Datin Rina semuga Allah merahmati anda sekeluarga sehingga keakhir hayat.Ingatlah Allah itu Maha Berkuasa jika ia hendak mengurniakan kepada sesiapa kurniaNya,tiada satu pun makluknya yang dapat menghalangnya.Jika Allah mengatakan Kunfayakun kepada sesiapa saja maka jadi,jadilah.Mintalah kepada Allah..cukuplah hanya Allah yang menjadi wakil kita.Allah Maha Besar.