Thursday, September 22, 2011

Macam-macam karenah Pesakit yang agak Aneh.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca setia entry Hj Din..

Baru2 ini saya telah merawat seorang wanita yang berumur kira2 60tahun.Beliau lebih selesa dikenali sebagai Hajah Salmah(bukan nama sebenar).Beliau datang ke rumah saya bersama2 keluarganya.

Hajah Salmah menderita pelbagai penyakit yang aneh begitu juga dengan anak2nya, terutama anak2 perempuannya.Beliau telah berusaha berubat secara moden mahupun tradisional.Jumpa doktor,katanya tiada penyakit.Jumpa bomoh pula, saka katanya.beliau sekeluarga telah bertekad untuk membuang saka tersebut.Namun semua pengamal perubatan yang ditemui tidak sanggup sehinggalah bertemu dengan saya setelah diperkenalkan oleh seorang rakannya yang pernah menerima rawatan daripada saya.

Rawatan, saya mulakan dengan membaca selawat dan Surah al-Fatihah.Dan apabila saya memberi salam kepadanya,dia menjawab pula dengan memberi salam semula kepada saya.Sudah melebihi 30kali 'salam dibalas salam' antara kami.Setelah ditawarkan dengan zikir dan doa barulah beliau boleh menjawab salam daripada saya.

Sewaktu saya melakukan zikir petunjuk, terasa saya berada dalam sebuah rumah yang agak besar, dikelilingi dengan 3 orang perempuan yang kelihatan tua benar dengan wajah yang agak menyeramkan sambil memegang tongkat dan seorang lelaki yang lengkap berpakaian ala2 hulu balang Jawa. Lelaki yang seperti hulu balang itu pun lantas bertanya kepada saya, kenapa saya mengganggu mereka semua? Saya katakan, saya diarahkan untuk merawat Hajah Salmah dan bertanya pula kepadanya apa hubungkait antaranya dengan Hajah Salmah.Kemudian, lelaki tersebut mengaku sebagai Ki Jati Sakti dari Gunung Jati,Indonesia dan perempuan2 tua tersebut 3bersaudara yang bernama Nyai Suring, Nyai Batem dan Nyai Gerunding yang ditugaskan untuk menjaga keturunan Hajah Salmah. Saya menyatakan Hajah Salmah tidak perlukan mereka untuk menjaga dan mengawasi keturunannya.Dengan nada keras,Ki Jati Sakti berkata bahawa mereka tidak boleh keluar dari keturunan Hajah Salmah sebab sudah bersumpah di hadapan moyang Hajah Salmah yang bernama Bik Sufi untuk menjaga keturunan tersebut sehinggalah 7 keturunan.

Saya katakan, jika hendak menjaga kenapa perlu mengganggu keturunan tersebut? Ki Jati Sakti menyatakan bahawa mereka tidak diberi upah dan makan dengan secukupnya.Selalunya setiap bulan penuh, moyang dan ibu Hajah salmah akan menyediakan sajian sebagai imbal kepada mereka.Kini, barulah saya faham kenapa mereka mengganggu keturunan Hajah Salmah.

Setelah saya kembali ke alam nyata,saya terangkan tentang segala2nya. Mereka faham dan telah diterangkan oleh pengamal2 perubatan sebelum ini tetapi mereka tidak mampu untuk membuangnya. Saya menyanggupi untuk membuang saka2 tersebut dengan syarat mereka menyediakan segala syarat2 yang telah ditetapkan. Mereka bersetuju dan pinta agar saya mencari segala syarat2 tersebut dengan upah yang telah dipersetujui bersama. Mereka meminta diri dan membayar segala yang dibincangkan tadi.

Saya mulalah menyediakan segala persyaratan dengan mengupah orang mengambil air 7 masjid,7 muara,7 perigi buta, sempuwau laut tengah dan pelbagai kelengkapan yang diperlukan.Namun setelah siap disediakan, 2hari sebelum upacara membuang saka, keluarga Hajah Salmah datang bertemu saya dan menyatakan bahawa mereka tidak jadi untuk membuang saka tersebut sebaliknya mengambil keputusan untuk menjaganya pula.

Saya berharap agar Hajah Salmah dan keluarga dapat menangganinya dan semoga mereka tidak diganggui semula..