Wednesday, April 27, 2011

Saka Keturunan minta dijaga setelah terbiar sekian lamanya...

Baru-baru ini saya merawat seorang pesakit dari negara jiran Singapura yang strok dan beliau telah dikatakan koma selama tiga bulan,menurut doktor beliau disyaki terkena kencing tikus(Othman bukan nama sebenar).

Saya mulakan rawatan dengan membaca selawat dan Al Fatihah dengan izin Allah S.W.T. saya mula mengesan sesuatu yang ganjil.Apa yang saya lihat seorang tua berpakaian serba hitam sedang duduk bersila menghadap pada sebuah busut sambil mulutnya seperti membaca mentera.Sebaik selesai membaca mentera yang saya tidak fahami sekoyong-koyong muncul seorang tua yang bertongkat tergigil-gigil dihadapan beliau dengan matanya yang merah memandang tepat kearah lelaki tua yang duduk bersila di depannya.

Kelihatan mereka bercakap-cakap namun saya tidak faham butir percakapannya.Dengan izinNya berkat ilmu kebatinan yang saya pelajari dari aruah bapa saya dapat bercakap dengan kedua-dua mereka secara batin.Menurut mereka adalah saka keturunan Othman dari sebelah moyangnya yang berasal dari Tanah Seberang / Jawa yang ditugaskan untuk menjaga anak cucu cicit namun mereka marah kerana telah sekian lama tidak diberi makan dan dijaga oleh keturunan tersebut.Saya katakan kepada keduanya jika kamu disuruh menjaga keturunannya.. kenapa pula kamu sakiti keturunannya pula.

Menurut saka yang bertongkat, mereka terasa sakit hati kerana telah dibiarkan begitu lama tanpa diberi makan dan dibiarkan begitu saja tak ada siapa yang nak bela mereka.Saya katakan kepada mereka kenapa tidak cari sendiri..kenapa pula harus anak cucu bela dan dihantarkan makanan kepada mereka.Dengan nada yang marah orang tua yang berpakaian hitam menjawab bahawa moyang Othman berjanji akan menjaga mereka berdua sebaik mungkin namun tidak lagi menjaga setalah mati dan tidak meninggalkan waris untuk menjaga mereka.

Saya katakan lagi kepada mereka jika tidak ada yang mahu menjaga mereka kenapa pula harus menyakiti anak cucu yang tidak tahu apa-apa.Mereka hanya mendiamkan diri seolah
berfikir dan bercakap sesama mereka tanpa saya faham butir percakapan mereka.Akhirnya saya pinta kedua mereka agar melepaskan Othman dan jangan disakitinya lagi.Mereka bersetuju dengan syarat Othman harus menjaga mereka.Sebaik selesai berkata begitu kedua mereka terus ghaib tidak dapat saya kesan lagi.

Sebaik saya kembali pada alam asal saya ceritakan segala apa yang saya ketahui kepada Othman dan keluarganya dan menyuruh Othman berdiri dengan IzinNya beliau boleh berdiri dan boleh berjalan beberapa langkah dengan mengunakan tongkat tanpa kerusi roda.Alhamdulillah bisik hati saya.Saya nasihatkan kepada beliau dan keluarga agar membuang saka keluarga tersebut sekiranya tidak mahu menjaganya dan saya terangkan kepada mereka berdamping dengan makluk selain dari Allah hukumnya haram.

Mereka faham namun mereka terpaksa meminta izin dari adik beradik yang lainnya jika hendak dibuang saka tersebut.Selepas menjalani rawatan Bekam makrifat dan menjalani senaman sedut makrifat mereka saya izinkan untuk pulang.Othman pulang ke Singapura dengan bertongkat dan meninggalkan kerusi rodanya di rumah saya serta berjanji akan kembali semula jika diizikan Allah.

Monday, April 25, 2011

Allah Membukakan Hati Pekerja Yang Mulia agar Meminta Maaf di atas kesalahannya yang Lampau..

Hj..ingat tak dulu anak saya pernah kerja dengan Hj sebagai pembantu kedai runcit ?.
Siapa ya..Saya memang tidak ingat kerana perkara ini telah lama berlalu dan saya pun tidak mahu mengingatinya lagi.Zizah (bukan nama sebenar)..Ya..ya..baru saya ingat.. Zizah baik budak tu dan jujur kata saya dengan penuh iklas..dah saya anggap macam adik saya..Begini ji...Ini wasiat dia.. Wasiat ?..Bila meninggalnya kak ?..Sebenarnya belum meninggal..cuma..Cuma apa kak ?.. saya bertanya dengan penuh persoalan di kepala..Cuma dia kini sedang menderita sakit barah pangkal rahim yang agak kritikal...Huhuhuhu...Sabar kak..saya cuba menenangkan kak (Hasnah bukan nama sebenar).

Zizah suruh saya jumpa haji minta maaf bagi pehaknya dan serah duit ini kepada Haji.. Duit ???...Ya.. ji masa dia kerja dulu katanya dia susah sangat..masa tu suami dia tak ada kerja..sebab tulah dia telah ambil susu-susu tepung untuk anaknya dan barang-barang dapur tanpa pengetahuan Haji dan selain tu dia juga ada ambil duit dan juga duit dari orang yang bayar hutang di kedai tanpa pengetahuan haji..saya hanya mendiamkan diri terasa sebak yang amat sangat.

Begini ji dia sebenarnya nak bayar balik segala yang telah diambil tanpa pengetahuan haji dan Isteri tapi selepas dia berhenti dia mengikuti suaminya pindah..Semua yang dia ambil dia catitkan..Inilah dia setelah dikumpulkan sekian lama barulah dapat dikumpulkannya..Astagfirullahalaziim..kenapalah dia tak cakap dari dulu kak..jika dia cakap sudah lama saya maafkan..saya langsung tidak tahu dan tidak pernah mengesyaki atau menuduhnya mengambil apa-apa kak sebab pada saya dia begitu jujur dan setiap hari dia datang awal..kalau gajinya saya bayar terlewat sikit dia tak pernah pula dia merungut..Terang saya dengan sejujurnya.

Ini ji..setelah dikira semuanya dan dikumpulkan duitnya semuanya lebih kurang lima ribu semuanya hj kiralah..Kak hasnah menyerahkan sampul surat berisi duit kepada saya.Beginilah kak saya tidak boleh ambil duit ini..saya telah halalkan segalanya dunia dan akhirat...semuanya telah saya halalkan..kembalikan pada dia semula.. semuga dengan duit itu dapat juga dia membuat rawatan sakitnyanya kak dan katakan kepadanya kak yang saya telah memaafkan segala-galanya agar dia jangan risau..dia dah saya anggap macam adik saya..jika dia tidak keberatan datanglah kemari InsyaAllah saya akan cuba merawatnya jika diizinkan Allah..percayalah semuanya ini kuasa Allah..semoga dia disembuhkan oleh Allah dan diberikan rezeki.. saya tolak dengan hati yang penuh iklas dan terharu diatas sikap jujurnya mengaku segala perbuatannya terhadap saya.

Huhuhu..terima kasih ji..InsyaAllah saya akan sampaikan segala amanah Haji kepadanya.
Kak Hasmah menangis terharu.Saya tenangkan beliau dan setelah tenang barulah dia meminta diri."Ya Allah...Dengan kebesaran Mu Yang Maha Agong..Engkau telah membukakan segala rahsia ghaib MU dengan membukakan pintu hati kepada bekas pekerjaku yang tanpa ku ketahui membuat salah kepada ku... agar meminta maaf kepada ku..walau pun perkara yang dilakukan tanpa pengetahuan ku dan Engkau muliakan dia dengan membuka pintu hatinya untuk meminta maaf kepada ku.Sesungguhnya Ya Allah aku maafkan segala kesalahannya di dunia mahu pun di akhirat.Ya Allah ampunilah segala dosanya yang diketahui dan tidak diketahinya dan ku pohonkan kepada Mu agar Engkau sembuhkanlah segala penyakitnya dan cukupilah segala penderitaannya...Amiin..Amiin..Ya Robbal a'lamiin...

Wednesday, April 20, 2011

Saka keturunan Pesakit membantu menghalau makluk Yang mengerikan ketika membuat rawatan di Hospital...

Saya telah dijemput ke hospital oleh abang sulung saya pada hari sabtu 16/4/2011 yang lepas kerana menantunya yang berumur 28 tahun kena strok sewaktu sedang bekerja.Lebih kurang pukul 1.20 ptg saya sampai kelihatan agak ramai juga saudara mara yang datang melawatnya.Saya lihat menantu abang saya begitu lesu tidak boleh bergerak serta bercakap di atas katil di kelilingi sanak saudara yang datang memberikan sokongan dan tanda simpati kepada beliau.

Selepas memberi salam kepada beliau saya membaca Fatihah dan selawat kepada Nabi saw dan memulakan rawatan secara batin kepada beliau.Apa yang saya lihat begitu menakutkan seorang yang sangat tua terketar-ketar sedang berlawan dengan satu makluk yang tidak dapat saya gambarkan disini bagaimana rupanya yang sangat mengerikan.Walaupun sudah tua namun kekuatanya agak luar biasa,ia berlawan tanpa kenal takut setiap kali makluk yang menakutkan itu menyerang akan dibalasnya kembali tanpa rasa gentar.

Orang tua tersebut sebenarnya adalah penjaga pada menantu abang saya,atau lebih tepat lagi saka yang menjaganya.Dengan Izin Allah saya dapat berbicara secara batin dengannya dan beliau meminta agar saya membatunya menentang makluk yang cuba menganggu cicit jagaannya itu.Menurutnya lagi makluk tersebut mengacau cicitnya sewaktu sedang bertugas di tempat kerjanya.

Dengan izinNya kami berdua bersatu dan dapat menghalau makluk tersebut dari menganggu menantu abang saya.Setelah mengucapkan terima kasih kepada saya orang tua tersebut telah ghaib dari pandangan tanpa sempat untuk bertanya namanya dan asal keturunannya.Setelah itu saya kembali semula kealam nyata dan melihat kepada menantu abang dan dengan Izin Allah setelah saya membuat beberapa gerakan batin makrifat beliau telah boleh berdiri dan berjalan walaupun dalam keadaan lemah.

Semua yang ada pada masa itu seolah tidak percaya dengan apa yang mereka telah lihat dengan izinNya pesakit yang tidak boleh bergerak langsung dan bercakap telah dapat bergerak walau pun masih lagi tidak dapat bersuara.Mereka semua mengucapkan tahnia kepada saya dan menantu abang.Saya terus mengucapkan syukur kepada Allah dan membacakan sedikit doa selamat tanda syukur kepadaNya.Selepas itu beberapa orang pesakit pula meminta pertolongan dari saya.Demi tidak menghampakan permintaan mereka saya buatkan rawatan juga walaupun masih lagi dalam keadaan letih kerana baru bertempur dengan makluk yang menganggu menantu abang saya.Walau pun letih namun untuk menolaknya saya tidak sampai hati kerana saya telah berjanji selagi saya berkemampuan saya akan membantu namun segala kesembuhan adalah dengan kehendak Allah jua.

Alhamdulillah syukur kepada Allah menantu abang saya telah keluar hospital pada 18/4/2011 dan telah dibawa kerumah saya untuk dirawat lagi.Dengan izin Allah kini beliau boleh bergerak seperti biasa walaupun tidak secergas seperti biasa kerana baru ditimpa strok.Beliau kini boleh bercakap walau pun agak perlahan kerana masih lagi lemah angkara gangguan makluk tersebut.Segala apa yang berlaku saya ceritakan kepada ibunya dan meminta agar beliau berbincang dengan keluarganya untuk membuang saka yang ada pada keluarga beliau,walaupun sakanya membantu namun jika mengikut hukum bersahabat dengan makluk jin ini tetap haram.Wallahualam..

Thursday, April 14, 2011

Akibat Tamak..Anak Tiri hidup tersiksa...

Tolonglah ji..setiap kali saya menyiang ikan atau apa saja benda yang berdarah saya pasti akan menderita..lihatlah muka saya ni dah macam negro...tangan pula berbintik-bintik..gatal,miang.Puas dah berubat..doktor dah pergi tapi dia kata tak ada penyakit..bomoh,ustaz semua dah jumpa tapi mereka tidak sanggup.ada yang mengatakan saya ni dijaga oleh beberapa ekor jin dan ada yang kata saya ni kena sampuk dan macam-macam.huhuhu...Norlia (bukan nama sebenar)menangis tersedu-sedu depan saya. Suaminya hanya menundukkan kepala tidak tahan melihat penderitaan isterinya.

Saya mulakan rawatan dengan membaca Al Fatihah dan berselawat kepada Rasulullah saw. Dengan izinNya saya tiba-tiba berada dalam sebuah Tokong Siam Duduk di situ saya lihat seorang wanita dalam lingkungan 30an sedang bersama seorang sami yang memegang sebuah patung sambil mulutnya sami tersebut tidak berhenti membaca mentera yang saya tidak fahami.Sami tersebut membaca mentera sambil tangannya tidak berhenti menabur sesuatu seperti bedak pada patung tersebut.

Kemudian saya lihat sami itu mengambil sesuatu seperti minyak dan satu bungkusan dalam plasti lalu menyerahkan kepada perempuan tersebut setelah itu perempuan itu pun keluar dari Tokong tersebut.Saya ikut perempuan tersebut sehinggalah sampai pada sebuah rumah yang besar dan melihat perempuan tersebut merenjis-renjiskan minyak pada setiap sudut rumah tersebut dan menaburkan sesuatu seperti abu di sekeliling rumah.

Saya kembali semula ke dalam Tokong tersebut dan menghampiri Sami untuk bertanya apa tujuan perempuan tersebut.Pada mulanya Sami tersebut enggan dan kelihatan marah pada saya kerana cuba mencampuri urusannya.Namun dengan izin Allah setelah dipaksa dengan mengunakan ayat-ayat suci Al Quran barulah dia menceritakan maksud perempuan tersebut
meminta pertolongannya.

Mek Zainab (bukan nama sebenar)telah berkhawin dengan Pak Lik (bukan nama sebenar) seorang usahawan yang berjaya yang telah pun mempunyai dua orang isteri dan lima orang anak semuanya telah besar dan telah berkhawin.Namun dua orang isterinya telah diceraikan setelah berkhawin dengan Mek Zainab.Pak Lik dengan isterinya yang tua mempunyai seorang anak perempuan yang telah berkhawin bernama Norlia.Pak Lik telah memberikankan sebuah rumah banglo di atas sebidang tanah seluas tiga ekar kepada anaknya Norlia sebagai hadiah perkhawinannya namun isteri mudanya tidak bersetuju.

Mek Zainab berusaha untuk mendapatkan kembali rumah tersebut dengan memujuk suaminya namun Pak Lik tidak mengindahkannya.Kerana berasa dendam beliau telah pergi jumpa bomoh Siam lalu menundukkan suaminya dan cuba pula membuat Norlia agar menderita dan bersetuju untuk menyerahkan kembali rumah tersebut.Menurut Sami Siam abu yang di tabur itu adalah abu mayat orang mati terbunuh dalam gaung yang telah dipuja dan minyak yang digunakan itu adalah minyak dagu.Saya pinta kepada bomoh Siam tersebut menyembuhkan kembali Norlia,namun dia kata hanya boleh membuat tapi tidak tahu bagaimana nak memulihkannya kembali.Setelah didesak barulah dia berikan cara-cara untuk mengubatinya.

Dengan izinNya saya kembali semula di depan pesakit dan terangkan keadaannya dan sebabnya dia jadi begitu.Barulah Norlia faham dan membenarkan segala yang saya di fahami dari bomoh Siam tersebut.Menurut Norlia kini beliau telah tidak tinggal di rumah tersebut kerana tidak tahan sering kena ganggu. Menurutnya lagi hubungan dengan mak tirinya memang tidak baik dan emak tirinya juga pernah mengancamnya akan buat dia keluarganya tidak akan gembira.

Itulah kerana harta manusia sanggup berbuat apa saja dengan membelakangkan segala larangan Allah dan melakukkan perbuatan syirik.Ingatlah segala kesenangan dunia ini hanya sementara akhiratlah tempat yang kekal abadi.Dengan IzinNya segala petunjuk telah diberiNya dan segala kesembuhan juga adalah keranaNya.Semuga Allah menyembuhkan
seperti sedia kala Norlia dan semuga Allah mengembalikan kembali ibu tirinya ke pang
kal jalan..Amin..

Wednesday, April 6, 2011

Akibat terlalu kejam dengan seekor kucing....

Apa yang saya lihat diwaktu itu sungguh mengerikan dan menakutkan sesiapa yang dapat melihatnya.Seorang lelaki dalam lingkungan 45 tahun umurnya dengan wajah yang begitu bengis dan ganas menghempaskan seekor kucing keatas seketul batu dengan kejamnya.Saya lihat kucing itu mengelepar-lepar meraung kesakitan sambil mengeluarkan suara meow yang begitu kuat dan menyayupkan sesiapa yang mendengarnya.Tanpa rasa belas diambilnya sebatang kayu sebesar lengan dipukulnya sekuat hati berkali-kali di kepala kucing tersebut hingga memercik darah di badannya.

Setelah dipukul beberapa kali kucing itu terus tidak bergerak mati.Diambilnya bangkai kucing itu lalu dicampakkannya kedalam semak dan berlalu begitu saja tanpa berasa bersalah dan menyesal.Kejam bisik hati saya,saya hanya mampu beristigfar kerana tidak boleh berbuat apa-apa.Selepas saya kembali kealam nyata maka di hadapan saya orang yang begitu kejam terhadap seekor kucing sedang tergeliat-geliat mulutnya hencut air liurnya meleleh dan tangannya mengerekot seperti kucing yang dibunuhnya dengan kejam.Segala yang saya alami semasa mendapat petunjuk dari yang Maha Berkuasa semuanya saya ceritakan kepada isteri dan anak lelakinya yang berumur dalam lingkungan 20an.Wallahualam hanya itu yang mampu saya terangkan.Saya lihat Isterinya hanya mampu mengelengkan kepala dan menitiskan air mata sambil merenung sayu kearah suaminya.

Menurut Isteri pesakit yang saya rawat, suaminya seorang kuat barannya.Satu hari tu dia baru balik dari kerja terus menuju kemeja makan terus buka tudung saji untuk menjamu selera sebaik dia mula nak menyuapkan nasi kemulutnya tiba-tiba dia bangun dan meninggalkan nasinya terus menuju kekeretanya.Rupanya dia terkenang petai yang di belinya tertinggal dalam kereta.Sebaik dia datang kembali kemeja makannya di lihatnya seekor kucing jantan sedang mengonggong ikan goreng dalam pingganya.Apa lagi dia menjerit dengan kuatnya menyergah kucing tersebut sehingga saya yang kebetulan baru nak masuk kedapur terperanjat dan tercampak barang ditangan saya.Kucing yang ketakutan bila kena sergah lari menuju kebelukar belakang rumah saya.Suami yang marah terus mengejar kucing itu sambil mulutnya tak henti-hentinya menyumpah seranah.Saya hanya mampu mengeleng kepala aje tak berani nak tegah.

Selepas setengah jam saya lihat dia balik dengan muka yang bengis dan di bajunya ada kesan darah.Saya tak berani nak tegur takut nanti saya pulak yang jadi mangsanya.Selepas kejadian itu lebih kurang enam bulan suami saya waktu tengah makan di kantin pejabatnya tiba2 jatuh mengelupur-lupur. Kakitangan pejabatnya bawa dia kehospital 2 minggu dia duduk sana doktor kata dia tidak tahu apa penyakitnya.Puas saya bawa berubat jumpa bomoh,bomoh kata kena sampuklah,kena dengki oranglah dan kebanyakkan bomoh semuanya kata kena dengki orang pejabatnya.Entahlah saya pun tak tahu nak cakap apa sebab saya tak percaya semuanya itu.Sehinggalah saya jumpa haji setelah terbaca dalam fb barulah saya faham puncanya dan apa yang haji kata memang ada benarnya.Tolonglah ji kesihan saya tengoknya dah puas dia menderita hampir tiga tahun keadaannya begini je..iktiarkan agar suami saya dapat pulih seperti sedia kala pinta isterinya dengan lelehan air mata.Insya Allah hanya itu yang mampu saya katakan.Saya meneruskan mengubatnya semampu yang boleh.

Allah Maha Berkuasa diatas setiap sesuatu.Tiga hari selepas mendapatkan rawatan dari saya Allah telah mengambil nyawa dalam keadaan tenang.Itulah yang diceritakan oleh isteri aruah sewaktu berkunjung kerumah saya baru-baru ini setelah setahun berlalu kerana terlupa untuk menyatakan kepada saya keadaan suaminya.Saya hanya mampu mengucapkan takziah dan berdoa semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.

Friday, April 1, 2011

Ketagih melakukan sex sendiri dikatakan buatan orang...

Keliru...semakin keliru dibuatnya setelah puas berubat masih tidak sembuh...jumpa doktor...semua doktor kata tak ada penyakit...jumpa bomoh..bomoh kata buatan orang...jumpa ustaz2 dia kata ada jin dalam badan yg ganggu...namun tidak mahu sembuh juga...badan gemuk semakin kurus..selera makan tidak ada...jika makan juga muntah...wajah yang dulu cantik kini semakin cengkung dan pucat mcm mayat hidup...kepala selalu pening mcm nak pecah rasanya...berjalan pun hampir tidak larat badan menggigil...kemaluannya panas mcm kena cili...itulah antara keluhan yang saya dengar dari mulut Ibu kepada Haniza Hanif 28 tahun masih bujang (Bukan nama sebenarnya).Saya merenung wajahnya dan merasa sayu dihati melihat keadaannya...bibirnya pecah2 dan matanya kuyu kemerahan spt org tak cukup tidur.Saya mulakan rawatan dengan fatihah dan berselawat kepada Nabi saw.Dengan izin Allah saya mula mengesan sebab penyakitnya dan agak memeranjatkan kerana apa yang saya lihat spt tidak masuk akal dan sgt memalukan.Sepasang tgn yg cantik memegang sesuatu spt senjata lelaki sedang memasukannya kedalam kemaluannya sendiri dan mula memainkannya spt org sedang berjimak. Saya beristigfar panjang dan menggeleng-gelengkan kepala dan tertunduk malu.Saya terdiam,lidah terasa kelu untuk bertanya dan tidak tahu mcm mana nak mulakan pertanyaan.Setelah berfikir panjang akhirnya saya buka mulut juga dgn perasaan gugup dan malu saya bertanya.."Maafkan saya Mak Cik...nie saya nak bertanya pada anak mak cik sendiri boleh?". Ibunya hanya mengangukkan kepala tanda setuju."Maafkan saya Niza jika tersalah..pernah tak melakukan hubungan sex dgn lelaki ?".Haniza menggeleng-gelengkan kepala tanda menafikannya dan tiba2 dia menangis dengan kuat dan tergugu-gugu."Kenapa Niza cuba cerita pada saya jgn malu...ibu pun ada..jgn takut.."."Saya malu..Ji..sebenarnya saya tak tahan nafsu..nak lakukan dgn suami saya belum kawin..nak dengan kekasih saya tidak ada kekasih...jadi saya lakukan sendiri, kini saya ketagih dan tidak pernah mandi wajib...huhuhuhu.."Saya lihat ibunya terperanjat dan tertunduk malu dan ikut serta menangis..Saya terdiam dan beristigfar.."."Bertaubatlah..itu yg mampu saya ucapkan..Haniza mula mengucap dan beristigfar dengan penuh sedarnya sambil menangis tidak hentinya..Akhirnya saya mandikan beliau dan suruh beliau berniat mandi wajib serta bertaubat kepada Allah dan saya berikan zikir2 agar beliau dapat melupakan tabiatnya. Dan saya juga berikan beliau doa asyik sekampung yg saya pelajari dari aruah ibu agar beliau dipermudah bertemu jodoh jika disembuhkan Allah.Kini setelah hampir tiga tahun setengah beliau kembali kerumah saya bersama suami dan seorang anak lelaki berusia setahun, wajahnya pun kelihatan cantik dan manis.Beliau mengucap ribuan terima kasih dan bersyukur kepada Allah kerana disembuhkan dari penyakitnya dan dikurniakan jodoh setelah sembuh dari penyakitnya dengan keizinan Allah.Ya Allah sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa keatas setiap sesuatu dan sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penyembuh dan tiada Penyembuh yang meninggalkan kesan melainkan Engkau Ya Allah..

Saka Bajang bongkar rahsia wanita tua ada memakai susuk di kemaluannya.

Seperti yang dijanjikan hari khamis mlm jumaat setelah segala persiapan dibuat saya dan rombongan seramai empat orang datang kerumah pesakit yang meminta agar merawat ibunya yang dikatakan mempunyai saka.Sebaik sampai saya memulakan tugas dgn memagar sekitar kawasan rumah.Setelah memberi salam dan masuk didalam rumahnya terdapat kira2 10 orang didalamnya dan seorang wanita tua terbaring sambil meracau yang tidak difahami apa yg diucapkannya.Saya hampiri wanita tersebut dan memberi salam namun tidak mampu utk menjawabnya,matanya merah menyala spt buah saga sgt mengerunkan sesiapa yg memandangnya.Menurut salah seorang anaknya ibunya langsung tidak boleh mengucap hanya makian yg keluar dari mulutnya.Saya meminta kepada salah seorang ahli rombongan agar mengambil rakaman video setelah mendapat persetujuan dari ahli keluarganya.Setelah berbincang dgn ahli keluarga,serta rakan2 dan mereka memahami apa yg perlu dilakukan maka upacara memandikan dan mengkapan ibu dan 4 org anak perempuannya dimulakan.Setelah selesai saya memulakan tugas dengan nama Allah dan berselawat keatas Nabi saw dan membaca Al fatihah sebanyak 20x,surah al iklas 11x,alfalak 1x dan diikuti dgn surah An nas 1x diikuti pula dgn beberapa surah.Sementara seorang ustaz yg membantu membaca Al Quran dan yang lainnya membantu dgn berzikir ayat kursi sepanjang proses rawatan.Dengan izin Allah tiba2 dihadapan perempuan tua tersebut wujud satu makluk yang berupa cahaya putih tinggi dan dapat dilihat matanya merah bersinar memandang kearah saya dengan perasaan marah.Dengan izinnya saya dapat berdailog secara batin dgn makluk tersebut.Maklut tersebut dikenali sebagai Bajang laut sejenis makluk berupa jin bukan golongan jin islam yang dipelihara untuk membantu beliau membuat kerja2 yang berat2.Menurut maklutk tersebut tidak ada gunanya saya menangkapnya atau dia keluar dari keluarga tersebut kerana wanita tersebut mengamalkan sejenis ilmu susuk yang dimasukan kedalam kemaluannya.Menurut makluk tersebut kemaluan wanita tersebut sudah membengkak dan wanita tersebut tidak akan mati jika susuknya tidak dikeluarkan terlebih dulu.Saya tidak hiraukan segala kata2 makluk tersebut sebaiknya saya suruh makluk itu keluar atau mengucapkan syahadat dan keluar dari situ dengan segera.Saya suruh ia mengucapkan syahadat dan beriman kepada Yang Maha kuasa lebih kurang 30x namun dia tetap ingkar dan mula melawan.Walau dipaksa sekali pun makluk tersebut tetap enggan dan mula bergerak menuju kearah anak perempuannya yang nombor tiga.Dengan izin Allah dan bantuan dari mereka yang berzikir tanpa henti-hentinya akhirnya makluk tersebut dapat ditangkap.Hampir 2 jam setengah barulah dapat ditewaskan makluk tersebut dengan izin Allah.Kuasa Allah mengatasi segala-galanya.Dengan kehendak Allah juga pesakit tersebut sudah boleh mengucap dan matanya kembali normal spt biasa.Setelah selesai upacara tersebut saya bertanya kepada salah seorang anaknya samaada kemaluan ibunya bengkak dan anaknya membenarkan apa yang saya katakan.Saya terangkan bahawa ibunya ada mengunakan susuk dikemaluannya dan saya tidak pernah mengeluarkan susuk sebelum ini, namun saya akan berusaha.Saya pinta kepada ahli keluarganya jika susuk tersebut tidak keluar atau pecah dalam 21 hari dan selewatnya 3 bulan agar mereka berusaha mencari mereka yang arif tentang susuk.Dengan izin Allah setelah 21 hari susuk tersebut pecah dan keluar.Dan dengan izin Allah ibunya dengan tenang menghembuskan nafas yang terakhir pada hari yang ke 25.Allah Maha Besar...Semuga Allah mencucuri rohnya dan menerimanya bersama orang2 yang beriman.