Saturday, October 22, 2011

Kerana Cinta, Kakak diKhianati.Buta Mata, Buta Hati

Kamariah telah berkahwin dengan Azman hampir 15 tahun dan dikurniakan 3 orang anak.Kebahagiaan yang dikecapi selama ini semuanya berakhir dengan kehadiran Yati, adiknya satu emak lain bapa.Walaupun berlainan bapa, namun beliau amat sayang akan Yati. Yati yang selama ini amat disayangi oleh kakaknya, sanggup mengkhianati kakaknya sendiri dengan menjalinkan hubungan sulit bersama suami kakaknya.Semuanya terbongkar apabila Yati dengan berani dan tanpa segan silu memberitahu dan menunjukkan foto asmaranya bersama Azman kepada Kamariah.Beliau juga menyatakan bahawa beliau dan Azman telah melakukan hubungan terlarang hampir 2 tahun.Alangkah luruh hati Kamariah.Apabila ditanya kepada azman, dia mengakuinya dan menyatakan hasrat mahu berkahwin dengan adiknya, Yati.Dan dalam waktu yang sama tidak mahu menceraikannya.Gila!Kamariah berusaha memujuknya, namun herdik dan makian yang diterimanya.

Beliau kemudiannya berusaha menyelamatkan rumahtangganya dengan berjumpa bomoh dan ustaz namun tidak berhasil.Seorang kawannya telah memperkenalkan beliau dengan saya.Dengan deraian air mata beliau telah menceritakan segalanya dan menunjukkan gambar Yati sedang berpelukan dengan suaminya, Azman.Saya terkedu dan tanpa disedari air mata saya meleleh sayu dan simpati padanya.Ya Allah.....sanggup seorang adik mengkhianati kakaknya sendiri dan berhati binatang..bisik saya dalam hati.

Saya kemudiannya memulakan rawatan dengan memuji-Nya dan berselawat kepada Nabi SAW.Dengan izin Allah SWT, saya diberi petunjuk bahawa Yati telah lama menyimpan perasaan terhadap Azman, namun Azman telahpun memilih kakaknya.Kerana dendam dan amat mencintai Azman, Yati telah bertemu dengan bomoh siam denagn menyihirnya dengan sapuan minyak dagu.Kini Azman benar-benar telah jatuh hati padanya dan sanggup melakukan segala telunjuknya. Apa yang dilakukannya adalah semata-mata kerana dendam yang membara.

Saya rawat beliau denagn memandikannya dengan air bunga dan membuatkan air Mutiara Kasih Balqis untuk dicampurkan ke dalam minuman dan mandian suaminya. Saya juga memberikannya wafak doa HAikal yang dijanjikan keberkesanannya oleh Nabi Muhammad SAW dalam melawan ilmu hitam dan menjauhi dari gangguan jin serta syaitan dan mengajarnya Solat Hajat 4 rakaat Imam Al-Ghazali agar dilakukan 3 malam berturut-turut bagi membantu solat hajat yang akan saya lakukan khas untuknya. Dengan izinNya suaminya kini telah pulih seperti sedia kala dan meninggalkan adiknya.Beliau telah membawa suaminya berjumpa dengan saya baru-baru ini.Suaminya juga meminta agar saya buatkan beliau wafak doa Haikal bagi tujuan pendinding dan pelaris perniagaan...

Tuesday, October 11, 2011

Angin dalam Badan Disangka Sihir.setelah pulih saya ditawarkan sebagai Rakan Kongsi Niaga

Samsul seorang doktor yang mempunyai beberapa buah klinik sendiri di sekitar Kuala Lumpur telah bernikah dengan Shalina dan dikurniakan anak lelaki berusia 3 tahun.Setelah genap 5 tahun berkahwin, beliau telah menghadapi penyakit yang aneh dan misteri.Hampir setiap malam beliau tidak dapat melelapkan matanya dan sering kedengaran suara seorang perempuan memanggilnya.Pada mulanya, beliau menjangkakan mungkin terlalu keletihan.Namun suara itu terus-terusan menghantui dirinya.

Beliau cuba mendapatkan rawatan daripada sahabatnya iaitu seorang doktor pakar jiwa.Namun setelah beberapa kali beliau dirawat oleh sahabatnya, penyakit itu bukan semakin sembuh tetapi semakin bertambah parah.Hampir setiap masa beliau diganggu, tidak kira siang mahupun malam.Dan yang lebih menjengkilkan, beliau seolah-olah tiada nafsu terhadap isterinya.Akibat daripada gangguan itu, tubuhnya semakin susut dan mukanya semakin cengkung.

Beliau akhirnya, cuba mendapatkan rawatan daripada bomoh.Menurut kata bomoh-bomoh yang telah dijumpainya, mengatakan bahawa beliau telah diganggu jin dan dan ada juga yang mengatakan dia terkena sihir serta bermacam lagi.Tetapi anehnya, segala rawatan langsung tidak menampakkn perubahan ke atas dirinya sebaliknya semakin melarat sehinggakan beliau menjadi semakin kurus dan sukar untuk berjalan.

Dengan izin-Nya, beliau telah di bawa bertemu dengan saya oleh seseorang yang pernah menerima rawatan daripada saya.Setelah bertanya beberapa soalan, saya kemudiannya memulakan rawatan dengan berselawat dan umul kitab.Dengan izin-Nya saya akhirnya dapat juga mengesan penyakit yang di hadapinya. Beliau tidaklah mengalami penyakit seperti yang di dakwa oleh bomoh-bomoh yang pernah ditemuinya sebaliknya beliau hanya mengalami penyakit angin akibat tersalah makan.Saya lantas menerangkan kepada beliau, namun beliau tidak percaya. Saya yakinkan beliau dan memulakan rawatan mendemah dengan air panas mendidih di seluruh tubuhnya terutamanya di bahagian perutnya.Kemudian saya melangsungkan bekam makrifat dan senaman makrifat.

Dengan izin-Nya, beliau kembali cergas dan boleh berjalan walaupun masih lemah.Setelah menjalani beberapa kali rawatan, beliau akhirnya pulih seperti sedia kala. Setelah pulih, barulah beliau teringat seminggu sebelum beliau sakit, beliau telah memakan gulai labu ikan masin serta meminum air teh ais. Saya terangkan kepada beliau bahawa labu mempunyai kandungan angin yang sangat kuat kepada sesiapa yang tidak tahan begitu juga dengan air teh serta ais. Alhamdulillah beliau kembali sihat dan menawarkan kepada saya sebagai rakan kongsinya.Beliau juga menawarkan gaji yang lumayan pada setiap 6 bulan sekali kira keuntungan.Saya menolak permintaan beliau kerana saya lebih selesa merawat dengan cara begini dan apa yang saya lakukan adalah kerana Allah semata-mata.Beliau faham dan meminta saya mengambilnya sebagai anak murid,saya bersetuju. Kini beliau sering datang sama ada mahu belajar ataupun kadang-kadang membawa pesakit kepada saya.Alhamdulillah Allah Maha Penyembuh dan Maha Mengetahui.