Monday, December 26, 2011

Diganggu Saka Keturunan Moyang Saudara.

Imah seorang gadis dari Sabah telah bernikah dengan Zabidi dari Semenanjung.Rupa paras imah yang putih lembut membuatkan sesiapa yang memandangnya pasti akan tertarik.Setelah berkahwin selama 4tahun,beliau telah dikurniakan seorang anak yang berusia 3tahun.Namun sejak setahun yang lalu, kehidupannya yang riang telah diragut dengan kehadiran satu penyakit yang aneh.Hampir setiap malam beliau diganggu dengan bisikan misteri dan kadang-kadang membuatkannya menjadi histeria.Suaminya telah berusaha berjumpa bomoh dan beberapa orang ustaz tapi tidak berjaya.Yang lebih paranh lagi ada bomoh yang mengatakan, beliau terkena buatan saka belaan ibu mertuanya.Setahu Zabidi,ibunya tidak ada saka,tetapi dia tidak pasti sama ada betul atau tidak.Ada juga bomoh yang kata, ada seseorang yang menyukai isterinya dan bermacam lagi.

Setelah mengetahui serba sedikit cerita dari Zabidi,saya mulakan rawatan saya dengan Al-Fatihah dan selawat serta beberapa surah lagi.Semasa saya membaca kebatinan yang diajar oleh arwah ayah saya dalam sekelip mata saya tiba-tiba berada di sebuah rumah yang besar seumpama istana pada zaman dahulu kala.Saya hairan kerana segalanya begitu asing bagi saya.Di tengah rumah terdapat seorang perempuan yang rupa parasnya cantik dikelilingi oleh 4orang perempuan juga cantik-cantik belaka.Saya tidak faham apa yang dibicarakan sesama mereka.Sedang saya terpinga-pinga tiba-tiba ada satu suara menegur saya dari arah belakang,apabila saya berpaling terlihat pula seorang pemuda tampan yang lagaknya seperti seorang panglima siap bertanjak dan keris tersisip dipinggangnya menyapa saya dengan senyum dan ramah berbahasa Melayu Kejawaan.Beliau bertanyakan dengan penuh sopan akan sebab kedatangan saya di situ.Saya terangkan bahawa saya sedang merawat seorang wanita yang bernama Imah dan tidak memahami mengapa saya boleh berada di situ.Pemuda itu lantas tersenyum dan menerangkan bahawa beliau adalah moyang kepada Imah dan perempuan yang cantik itu adalah isterinya sementara yang lagi 4orang perempuan itu adalah adik-beradik isterinya.Saya bertanyakan kepadanya bagaimana Imah boleh menghadapi penyakit itu.Sambil tersenyum pemuda tersebut menarik tangan saya lalu dibawa ke dalam sebuah bilik yang begitu indah dan kelihatan seorang perempuan yang tersangat cantik umpama puteri raja sedang tidur berselimutkan kain bersulam benang emas.Saya berasa hairan apa kaitan semua itu dengan Imah dan saya cuba bertanya kepada pemuda itu namun sebaik saja saya menoleh,pemuda itu sudah ghaib entah ke mana.Saya mula hairan,tidak pernah saya mendapat petunjuk seperti itu.

Sebaik sahaja saya kembali ke alam nyata,saya renung pula pada wajah Imah dan barulah saya perasan bahawa wajah perempuan yang berada di dalam bilik itu sememangnya saling tak tumpah dengan wajah Imah.Aneh...bisik hati saya..Kembali saya membaca kebatinan dan hizib al Bahari ratip para anbia' sekelip mata saya berada dalam sebuah taman yang sangat indah dan kelihatan beberapa perempuan yang cantik-cantik belaka sedang mengelilingi seorang gadis yang begitu cantik umpama puteri raja sambil bergurau senda penuh dengan gelak ketawa.Saya hampiri mereka namun secara tiba-tiba tangan saya diketepikan dan seseorang mengisyaratkan agar mengikutinya.Saya dibawa ke dalam sebuah bilik yang besar,di situ kelihatan seorang wanita yang menyerupai Imah sedang duduk menghadapi mayat seorang budak perempuan yang terbujur kaku sambil meratap yang saya tidak faham akan butirnya.Saya difahamkan oleh lelaki tersebut perempuan itu merupakan moyang saudara kepada Imah yang berketurunan bangsawan serta mempunyai ilmu yangtinggi telah kematian anak dan dia tidak sempat menurunkan ilmunya kerana tidak ada pewarisnya selepas itu.Atas sebab itulah beliau telah bersumpah akan mewariskan segalanya kepada salah seorang keturunannya yang melahirkan anak perempuan yang lahir pada malam Jumaat.secara kebetulan,setelah lamanya lahirlah Imah dari keturunannya sendiri tepat pada malam Jumaat.Kini Imah sudah berumah tangga dan dia sudah layak.Sebaik saya kembali ke alam nyata,saya menerangkan segalanya .Allah Maha Besar segala yang saya ceritakan itu diakui oleh ibu bapanya yang datang berjumpa dengan haji tidak lama kemudian.

Kini Imah sudah pulih seperti sedia kala setelah menjalani rawatan pembuangan saka setelah keluarganya tidak mahu menerima amanah moyangnya kerana tidak mahu perkara tersebut berbangkit kemudian hari kelak.Alhamdulillah saya juga membuatkannya wafak doa a'khasyah sebagai pendinding kepadanya.

Saturday, December 10, 2011

Akibat Mengikut Hawa Nafsu..Peluh Berbau Busuk

Linda, 38 tahun masih bujang merupakan seorang ahli perniagaan wanita yang agak berjaya.Namun beliau sedih kerana sudah beberapa kali putus tunang.Yang menghairankan,semasa bercinta bukan main lagi mesra tetapi apabila bertunang mulalah ada yang tak kena.Tidak sampai 3bulan pasti putus.Adakalanya Linda sendiri tidak faham kerana pertunangan mereka putus sekerat jalan tanpa sebab.Setakat ni dah masuk 9kali dia putus tunang dan yang lebih merisaukannya baru-baru ni badannya mengeluarkan peluh yang berbau busuk macam tahi ayam candu.Malu rasanya dengan kawan-kawan dan saudara mara.Umur semakin meningkat,ibu bapa semakin tua dan mengharapkan kehadiran cucu maklumlah dia merupakan anak tunggal.Untuk itu,dia berusaha mencari bomoh dan ustaz bagi mengatasinya tapi setelah sekian lama tidak juga berhasil.Mengikut beberapa bomoh dan ustaz bahawa dia telah kena dajal dek seorang yang suka padanya tetapi kerana dia sudah bertunang dengan orang lain maka dia sakit hati dan mencari bomoh untuk membalas rasa sakit hati.Tetapi yang menghairankannya tidak juga sembuh, bau peluhnya semakin teruk apabila berpeluh.Kerana itulah beliau sering saja berkurung dalam aircon agar tidak berpeluh.

Pada satu hari semasa beliau melayari internet,beliau telah terbaca mengenai rawatan yang haji jalankan.Setelah membuat janji,beliau telah bertemu dengan haji bersama temannya.Setelah beramah mesra, haji memulakan rawatan dengan membaca selawat dan umul kitab serta memohon petunjuk dari yang Maha Berkuasa.Dengan izinNya haji dapat melihat dengan jelas masalah yang di hadapi oleh Linda.Apa yang haji nampak sungguh tidak masuk dek akal dan amat sukar untuk dinyatakan.

Seorang wanita sedang merangsang dirinya sendiri dengan memasukkan sesuatu seperti terung panjang ke dalam kemaluannya sendiri sehingga sampai ke puncak dengan peluh yang membasahi tubuhnya yang tidak bersalut seurat benang pun.Sebaik selesai mendapat petunjuk haji merenung wajah Linda dan memang sah apa yang ditunjukkan.Haji menjadi serba salah untuk menerangkan apa yang haji dapat petunjuk.Namun haji nekad berterus terang dengan meminta maaf jika salah itu adalah atas kelemahan diri haji sendiri.Dengan kehendakNya apa yang haji lihat semuanya benar,terang Linda sambil menangis dan menceritakan bahawa beliau telah ketagih sejak dari belasan tahun tetapi tidak pernah berzina selain merangsang diri sendiri.Haji menerangkan bahawa perbuatan itu sama sahaja dengan berzina dan mendatangkan kemudaratan.

Setelah menyuruhnya bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah dan tidak mengulangi perbuatan itu lagi,haji mula merawat dengan mengajarnya beberapa zikir agar dapat melupakan ketagihannya.Kemudian haji mandikan dengan air yang telah dizikirkan serta didoakan dengan Doa Ilmu asyik Sekampung serta di akhiri dengan Doa Akhshah. Dengan izin Allah,kini beliau telah pulih seperti sedia kala setelah menjalani beberapa sesi rawatan dengan haji.Dengan izin Allah juga,beliau kini telah berkahwin dengan seorang pegawai bank dan mempunyai seorang anak.Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa Ke atas Segala Makhluknya Dan tiada Penyembuh yang Meninggalkan Kesan Melainkan Allah yang Menyembuhkannya.Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana.