Saturday, July 16, 2011

Akibat Menolak Pinangan tangan disihir menyerupai kaki khinzir..

Semasa saya membuka Klinik Rawatan Tradisional Cara Islam di Shah Alam pada sekitar tahun 1993 dulu saya ada merawat seorang wanita dari Indonesia yang mengidap penyakit yang aneh.Jika dipandang wanita tersebut seolah tidak mengidap apa-apa penyakit.Selain itu wanita tersebut cantik seperti bintang filem.

Saya sangat terperanjat apabila Sulasteri (bukan nama sebenar) menunjukan kepada saya tangannya jari2 tangannya menyerupai kaki khinzir dan sikunya tidak berdaging dan nampak tulangnya.Saya rasa teruja dan sedikit seram melihat apa yang menimpa Sulasteri benar-benar aneh.

Menurut Sulasteri beliau telah merana mengidap penyakit itu hampir 5 tahun dan telah berjumpa pelbagai dukun di Indonesia namun tidak ada sesiapa yang sanggup untuk mengubatinya.Menurut sebahagian dukun yang ditemuinya bahawa beliau telah disihir / disantet kerana menolak pinangan dari seseorang.Beliau telah berusaha juga bertemu dengan bomoh2 dari Malaysia namun belum bertemu jodohnya.

Saya mengambil wuduk dan memulakan rawatan dengan membaca selawat dan membaca fatihah serta memohon sufaat dari Nabi saw agar Allah mengurniakan petunjuk.Ketika saya membaca zikir petunjuk yang diajar oleh almarhum bapa secara tiba2 saya telah berada dalam sebuah rumah yang terdapat patung2 yang menyeramkan.

Di atas sebuah pangkin yang di penuhi lilin dan diliuti asap kemenyan kelihatan seorang lelaki yang agak tua berpakaian seba hitam dengan rambut yang tidak terhurus sedang membaca mentera sambil memegang sesuatu yang berbentuk seperti kaki binatang dan memegang sekeping gambar wanita yang diasapkan pada kemenyan yang berbau busuk.

Saya membaca ayatul kursy berulangkali sambil memusatkan seluruh pacaindera kearah lelaki tersebut.Secara tiba2 muncul dihadapan saya satu makluk yang berbadan manusia berkepala seperti seekor buaya dengan muncungnya yang panjang dan bergigi tajam.Saya sedikit tergamam kerana terkejut dengan kehadiran makluk tersebut secara tiba-tiba dan amat menyeramkan.Saya beristigfar dan menyambung dengan membaca doa Haikal sehingga sampai haikal tiga seperti janji Allah dan RsulNya dengan kekuasaanNya lembaga tersebut tersubgkur lalu terbakar hanyut.Saya sambung kembali bacaan doa Haikal hingga haikal lima secara tiba-tiba terasa kaki seperti dipegang dengan kuatnya dan tidak dapat digerakan walau seinci pun.

Saya teruskan kembali bacaan doa haikal sehingga selesai dan disambung dengan 3 kul.Setelah selesai saya telah boleh bergerak kembali.Kemudian saya membaca zikir dan memusatkan segala zikir kepada lelaki tua tersebut.Tiba-tiba sahaja lelaki tua itu terapung ke udara lalu berpusing-pusing seperti kilat bergerak kearah saya dan melepaskan satu tendangan padu tepat mengenai bahu kiri dan saya tercampak jatuh kelantai.Saya merasai sakit yang amat sangat hendak bangun namun tidak termampu.Saya hanya mampu berserah kepadaNya,saya hanya mampu duduk sambil membaca berulang kali surah al Iklas sambil mengurut-urut bahu.

Dengan keizinanNya rasa sakit mula berkurangan dan saya mampu kembali berdiri dan mengatur langkah sambil membaca ilmu kebatinan yang saya pelajari dari almarhum bapa.
Apabila sampai kepada zikir Allahu saya tekankan ibu jari kaki kelantai dan memasang kekuda sebaik mungkin.

Dalam pada itu saya lihat lelaki tua tersebut betul2 berada di hadapan dan mula menyerang namun dengan berkat ilmu batin orang tua itu terpelanting jatuh kelantai.Saya terus bersedia dan membetulakan kuda serta berzikir Allahu dan pusatkan zikir tersebut tepat kedadanya.Namun dalam sekelip mata saja orang tua itu ghaib hilang dari pandangan.

Dalam masa saya tercari-cari saya rasakan badan saya seolah dililit oleh sesuatu yang sangat kuat sehinggakan saya sukar untuk bernafas.Saya cuba meronta namun semakin kuat dironta semakin kuat belitannya.Baru saya sedar rupanya seekor ular sawa sebesar peha membelit tubuh dan kepalanya sebesar periuk mengangah seolah nak menelan kepala saya.Namun saya cuba bertahan dengan mencekik lehernya.Saya bertawakal kepadaNya dan berzikir.

Saya terus bertahan dan berzikir Allahu Ya Haiyul Ya Qayyum dan membaca ayatul Qursy dengan memusatkan keseluruhan zikr kepada ular tersebut.Allah Maha Besar dengan kehendakNya ular tersebut secara tiba-tiba saja menjadi lemah kemudian hancur menjadi debu.Saya terduduk lesu yang amat sangat dan seolah putus nafasnya.Saya mula mengurut dada dan membuat zikir nafas seperti yang diajar oleh almarhum bapa.

Selepas suasana tenang saya menuju ketempat pemujaan tersebut dan menemui sekeping gambar wanita dan saya amati gamabr itu sebaik mungkin.Setelah itu saya kembali ke alam nyata dan memang nyata bahawa wanita dalam gambar adalah wanita yang kini berada depan saya.Saya nyatakan kesanggupan untuk mengubatinya namun saya jelaskan bahawa segala kesembuh hanya Allah Yang Maha Penyembuh.

Selepas menjalani beberapa sesi rawatan dan dimandikan mengunakan air 7 masjid,7mata air,7 perigi buta,air 7 muara,air awal dan akhir muharam serta air mawar dengan izinNya Sulasteri akhirnya pulih seperti sedia kala.Sesungguhnya tiada berkuasa melainkan Allah yang Berkuasa dan Maha Penyembuh.Allahu Akbar.

Wednesday, July 6, 2011

Akibat Berbulan Madu Di air Terjun..Secara tiba-tiba menjadi lumpuh separuh badannya.. menjadi

Kira-kira dua tahun yang lalu saya merawati seorang perempuan yang datang bersama suaminya.Salbiah 27(bukan nama sebenar) telah berkhawin namun belum mempunyai anak,dalam usia enam bulan perkhawinannya secara tiba-tiba separuh badannya telah lumpuh.Hampir lima tahun beliau merana tidak boleh berjalan dan hanya bergerak mengunakan kerusi roda.Beliau dan suaminya Rahmat (Bukan nama sebenar)telah berusaha berubat dengan pelbagai cara samada moden mahupun tradisional namun tidak berhasil.

Menurut doktor sebahagian urat sarafnya telah putus akibat angin yang banyak dalam badannya.Ada bomoh yang mengatakan dia kena sihir dan ada yang mengatakan saka.Namun semuanya tidak berhasil.Salbiah tidak berputus asa,asal dengar saja ada orang yang boleh mengubat pasti akan menemuinya cuma belum bertemu jodoh.

Sehinggalah satu hari suaminya melayari internet dan terbaca laman Rawatan Tradisional Cara Islam Sedut Makrifat (Hj Din).Setelah membuat temujanji beliau telah datang membawa isterinya.Setelah beramah tamah dan bertanyakan serba sedikit tentang penyakitnya saya memulakan sesi perubatan.

Saya mulakan perubatan dengan membaca fatihah dan berselawat kepada Nabi saw.Kemudian saya sambung dengan membaca surah Al Jin ayat 1-9,tiba-tiba terasa saya berada di atas seketul batu besar dalam kawasan air terjun.Deruan air yang kuat dan seolah terasa tempias air memercik kemuka dan angin yang sepoi-sepoi menyapu muka saya.

Saya perhatikan sekeliling namun tidak nampak apa-apa yang ganjil.Saya terus duduk bersila di atas batu dan memejamkan mata sambil berzikir Ya Latif..Ya Haiyul Ya Qayyum..Dalam masa saya berzikir lebih kurang lima minit terdengar hilai tawa dan dengusan nafas seperti orang mengerang.Saya pusatkan segala zikir dan membuka mata perlahan-lahan,apa yang saya nampak begitu menghairankan di hadapan saya sepasang kekasih bertelanjang bulat sedang melakukan hubungan sex di dalam air.

Apa yang lebih memeranjatkan lagi air disekeliling mereka berwarna seakan-akan merah.Saya hanya mampu memandang dan tidak mengerti apa maknanya.Dalam keadaan saya kebingungan saya terpandang satu bentuk lembaga berupa budak lelaki berumur 1o tahun merenung tepat kearah pasangan tersebut.Secara tiba-tiba sekoyong dengan itu satu lembaga berupa seorang lelaki lengkap berjubah dan berserban menarik tangan budak tersebut.

Dengan muka yang bengis lelaki tersebut mengherdik marah kepada pasangan tersebut tetapi anehnya pasangan itu tidak menghiraukannya dan meneruskan kelakuan mereka dalam air tanpa perasaan takut atau malu.Saya meneruskan berzikir secara tiba-tiba saja saya telah berada di sebelah lelaki berjubah tadi.Rupa-rupanya lelaki berjubah tersebut adalah jin Islam yang menghuni di dalam kawasan air terjun tersebut.Sementara pasangan itu baru kahwin dan berbulan madu di kawasan tersebut yang jauh dari orang ramai.Dan pasangan itu menikmati malam pertama mereka dengan bersama dalam suasana air terjun.

Jin Islam di hadapan saya menerangkan kepada saya bahawa dia merasa marah kerana mereka begitu kurang ajar melakukan hubungan sex di tempat anak-anak jin bermain,ini sangat memalukan.Setelah saya mendengar penerangan jin tersebut,saya terangkan kepada jin tersebut bahawa pasangan itu tidak tahu bahawa tempat itu ada anak-anak jin yang sedang bermain sebab mereka tidak nampak akan mereka.Kemudian saya mohon kepada jin tersebut agar memaafkan kesalahan tidak sengaja pasangan tersebut.

Pada mulanya jin tersebut tidak mahu memaafkannya setelah saya pujuk barulah jin tersebut bersetuju dengan syarat mereka berdua harus berpuasa selama 21 hari berturut dan harus membayar dam kepada anak-anak yatim semampu mereka.Saya setujui segala syaratnya.Sebaik saya kembali ke alam nyata,saya renung kedua suami isteri tersebut dan memang betul merekalah yang saya lihat melalui petunjuk sebentar tadi.Dengan memohon maaf saya terangkan segala petunjuk tersebut dan dengan izinNya segala petunjuk itu diakui benar oleh Salbiah dan suaminya.Saya juga menerangkan segala syarat yang dikehendaki oleh jin tersebut.

Salbiah dan suaminya menyetujui segala syarat yang ditetapkan.Setelah menjalani beberapa kali sesi rawatan dengan izinNya Salbiah akhirnya pulih seperti sedia kala dan kini dengan izinNya telah dikurniakan seorang anak lelaki.