Wednesday, July 6, 2011

Akibat Berbulan Madu Di air Terjun..Secara tiba-tiba menjadi lumpuh separuh badannya.. menjadi

Kira-kira dua tahun yang lalu saya merawati seorang perempuan yang datang bersama suaminya.Salbiah 27(bukan nama sebenar) telah berkhawin namun belum mempunyai anak,dalam usia enam bulan perkhawinannya secara tiba-tiba separuh badannya telah lumpuh.Hampir lima tahun beliau merana tidak boleh berjalan dan hanya bergerak mengunakan kerusi roda.Beliau dan suaminya Rahmat (Bukan nama sebenar)telah berusaha berubat dengan pelbagai cara samada moden mahupun tradisional namun tidak berhasil.

Menurut doktor sebahagian urat sarafnya telah putus akibat angin yang banyak dalam badannya.Ada bomoh yang mengatakan dia kena sihir dan ada yang mengatakan saka.Namun semuanya tidak berhasil.Salbiah tidak berputus asa,asal dengar saja ada orang yang boleh mengubat pasti akan menemuinya cuma belum bertemu jodoh.

Sehinggalah satu hari suaminya melayari internet dan terbaca laman Rawatan Tradisional Cara Islam Sedut Makrifat (Hj Din).Setelah membuat temujanji beliau telah datang membawa isterinya.Setelah beramah tamah dan bertanyakan serba sedikit tentang penyakitnya saya memulakan sesi perubatan.

Saya mulakan perubatan dengan membaca fatihah dan berselawat kepada Nabi saw.Kemudian saya sambung dengan membaca surah Al Jin ayat 1-9,tiba-tiba terasa saya berada di atas seketul batu besar dalam kawasan air terjun.Deruan air yang kuat dan seolah terasa tempias air memercik kemuka dan angin yang sepoi-sepoi menyapu muka saya.

Saya perhatikan sekeliling namun tidak nampak apa-apa yang ganjil.Saya terus duduk bersila di atas batu dan memejamkan mata sambil berzikir Ya Latif..Ya Haiyul Ya Qayyum..Dalam masa saya berzikir lebih kurang lima minit terdengar hilai tawa dan dengusan nafas seperti orang mengerang.Saya pusatkan segala zikir dan membuka mata perlahan-lahan,apa yang saya nampak begitu menghairankan di hadapan saya sepasang kekasih bertelanjang bulat sedang melakukan hubungan sex di dalam air.

Apa yang lebih memeranjatkan lagi air disekeliling mereka berwarna seakan-akan merah.Saya hanya mampu memandang dan tidak mengerti apa maknanya.Dalam keadaan saya kebingungan saya terpandang satu bentuk lembaga berupa budak lelaki berumur 1o tahun merenung tepat kearah pasangan tersebut.Secara tiba-tiba sekoyong dengan itu satu lembaga berupa seorang lelaki lengkap berjubah dan berserban menarik tangan budak tersebut.

Dengan muka yang bengis lelaki tersebut mengherdik marah kepada pasangan tersebut tetapi anehnya pasangan itu tidak menghiraukannya dan meneruskan kelakuan mereka dalam air tanpa perasaan takut atau malu.Saya meneruskan berzikir secara tiba-tiba saja saya telah berada di sebelah lelaki berjubah tadi.Rupa-rupanya lelaki berjubah tersebut adalah jin Islam yang menghuni di dalam kawasan air terjun tersebut.Sementara pasangan itu baru kahwin dan berbulan madu di kawasan tersebut yang jauh dari orang ramai.Dan pasangan itu menikmati malam pertama mereka dengan bersama dalam suasana air terjun.

Jin Islam di hadapan saya menerangkan kepada saya bahawa dia merasa marah kerana mereka begitu kurang ajar melakukan hubungan sex di tempat anak-anak jin bermain,ini sangat memalukan.Setelah saya mendengar penerangan jin tersebut,saya terangkan kepada jin tersebut bahawa pasangan itu tidak tahu bahawa tempat itu ada anak-anak jin yang sedang bermain sebab mereka tidak nampak akan mereka.Kemudian saya mohon kepada jin tersebut agar memaafkan kesalahan tidak sengaja pasangan tersebut.

Pada mulanya jin tersebut tidak mahu memaafkannya setelah saya pujuk barulah jin tersebut bersetuju dengan syarat mereka berdua harus berpuasa selama 21 hari berturut dan harus membayar dam kepada anak-anak yatim semampu mereka.Saya setujui segala syaratnya.Sebaik saya kembali ke alam nyata,saya renung kedua suami isteri tersebut dan memang betul merekalah yang saya lihat melalui petunjuk sebentar tadi.Dengan memohon maaf saya terangkan segala petunjuk tersebut dan dengan izinNya segala petunjuk itu diakui benar oleh Salbiah dan suaminya.Saya juga menerangkan segala syarat yang dikehendaki oleh jin tersebut.

Salbiah dan suaminya menyetujui segala syarat yang ditetapkan.Setelah menjalani beberapa kali sesi rawatan dengan izinNya Salbiah akhirnya pulih seperti sedia kala dan kini dengan izinNya telah dikurniakan seorang anak lelaki.

No comments:

Post a Comment