Sunday, June 26, 2011

Badan di penuhi Sisik sebesar duit lima sen..Akibat melakukan Maksiat bersama Suami..

Dalam bulan sebelas tahun 2009 yang lepas saya merawat seorang pesakit perempuan dari Kota Singapura kerana mengidap penyakit kulit yang aneh.Di seluruh tubuhnya timbul sisik-sisik sebesar duit lima sen.Suriayati (Bukan nama sebenar)datang bersama suaminya,menurut beliau telah bertemu dengan doktor tapi tidak dapat mengesan penyakitnya.Doktor hanya mampu memberi ubat sapu,semakin disapu penyakitnya semakin merebak dengan cepatnya.

Suriyati juga telah bertemu dengan beberapa pengamal perubatan tradisional dan bomoh- bomoh sehingga ke Indonesia namun belum bertemu jodohnya lagi.Ada yang mengatakan dia terkena sihir dan pelbagai lagi andaian namun semuanya tidak berhasil.Sehinggalah dia terbaca tentang rawatan tradisional cara Islam sedut makrifat semasa melayari internet.

Setelah membaca fatihah dan berselawat kepada Nabi saw dan disambung pula beberapa lagi ayat2 dari surah Al Quran secara tiba-tiba saya berada dalam sebuah rumah yang penuh dengan hiasan ukiran patungdari seluruh dunia.Dan di satu sudut pula terdapat mini bar yang mengandungi pelbagai jenis botol arak.

Di bahagian tengah rumah pula terdapat enam pasangan lelaki dan perempuan sedang leka berpelukan sambil meneguk minuman keras.Dalam keadaan separuh mabuk mereka mula melakukan hubungan sex bersama pasangan mereka.Dan yang lebih menjijikan lagi mereka bertukar-tukar pasangan.Mata saya tertumpu pada satu sudut dimana satu pemandangan yang amat menjijikan seorang wanita diratah oleh tiga lelaki.Lelaki di sebelah atas sedang melakukan sex di luar tabii dengan memasukan kemaluannya di dubur wanita tersebut.

Saya beristigfar panjang melihat kejadian tersebut,Sebaik saya kembali ke alam nyata saya kearah Suryati dan mengamati mukanya,sah bisik hati saya.Saya tergamam kerana apabila terpandang pula kearah suaminya pun sama seperti dalam petunjuk tadi.Dan dia juga salah seorang dari petunjuk tersebut.

Saya menjadi sebersalah,nak bertanya takut,manalah tahu mungkin petunjuk yang saya dapat tersilap.Payah...keluh saya secara tiba-tiba."Kenapa Ji???.Tanya Lokman (bukan nama sebenar) kepada saya.Saya renung mukanya untuk mencari kepastian.Kemudian saya renung pula isterinya yang sedang mengosok-gosok tngan dan kakinya.

"Maafkan saya En Lokman..saya mendapat petunjuk..bahawa...saya tersekat nak berkata. "betul ji..apa yang Aji dapat petunjuk tu betul semuanya.."."Apa yang betulnya.. tanya saya penuh kehairanan kerana secara tiba2 Lokman mencelah sebelum saya habis bertanya lagi.Akhirnya Lokman menceritakan apa yang saya lihat walau belum sempat saya terangkan petunjuk yang didapati.

Lokman menceritakan segala-galanya yang menjadi rahsianya selama ini tanpa silu dan segan.Sebaik dia selesai menceritakannya lalu beliau menangis tersedu-sedu bersama isterinya.Yang menghairankan saya apa yang diceritakan sama seperti petunjuk yang saya dapati..Ya Allah Engkau Maha Besar..Saya suruh mereka beristigfar dan bertaubat kebadanya.Selepas mendapat rawatan yang sepatutnya dan melakukan Rawatan Bekam Makrifat mereka minta diri untuk pulang ke Singapura.

Baru-baru ini mereka telah datang lagi dengan membawa rakan untuk berubat.Dengan IzinNya Isteri Lokman telah pulih seperti sedia kala dan mereka juga telah menunaikan umrah sebaik pulih dari penyakit ganjil tersebut.Mereka mengucapkan ribuan terima kasih.Saya katakan kepada mereka itu semua kuasa Allah untuk menyembuhkannya. Alhamdulillah hanya itu yang saya mampu ucapkan tanda syukur kepadanya yang telah memberi kemuliaan kepada saya.

No comments:

Post a Comment