Tuesday, October 11, 2011

Angin dalam Badan Disangka Sihir.setelah pulih saya ditawarkan sebagai Rakan Kongsi Niaga

Samsul seorang doktor yang mempunyai beberapa buah klinik sendiri di sekitar Kuala Lumpur telah bernikah dengan Shalina dan dikurniakan anak lelaki berusia 3 tahun.Setelah genap 5 tahun berkahwin, beliau telah menghadapi penyakit yang aneh dan misteri.Hampir setiap malam beliau tidak dapat melelapkan matanya dan sering kedengaran suara seorang perempuan memanggilnya.Pada mulanya, beliau menjangkakan mungkin terlalu keletihan.Namun suara itu terus-terusan menghantui dirinya.

Beliau cuba mendapatkan rawatan daripada sahabatnya iaitu seorang doktor pakar jiwa.Namun setelah beberapa kali beliau dirawat oleh sahabatnya, penyakit itu bukan semakin sembuh tetapi semakin bertambah parah.Hampir setiap masa beliau diganggu, tidak kira siang mahupun malam.Dan yang lebih menjengkilkan, beliau seolah-olah tiada nafsu terhadap isterinya.Akibat daripada gangguan itu, tubuhnya semakin susut dan mukanya semakin cengkung.

Beliau akhirnya, cuba mendapatkan rawatan daripada bomoh.Menurut kata bomoh-bomoh yang telah dijumpainya, mengatakan bahawa beliau telah diganggu jin dan dan ada juga yang mengatakan dia terkena sihir serta bermacam lagi.Tetapi anehnya, segala rawatan langsung tidak menampakkn perubahan ke atas dirinya sebaliknya semakin melarat sehinggakan beliau menjadi semakin kurus dan sukar untuk berjalan.

Dengan izin-Nya, beliau telah di bawa bertemu dengan saya oleh seseorang yang pernah menerima rawatan daripada saya.Setelah bertanya beberapa soalan, saya kemudiannya memulakan rawatan dengan berselawat dan umul kitab.Dengan izin-Nya saya akhirnya dapat juga mengesan penyakit yang di hadapinya. Beliau tidaklah mengalami penyakit seperti yang di dakwa oleh bomoh-bomoh yang pernah ditemuinya sebaliknya beliau hanya mengalami penyakit angin akibat tersalah makan.Saya lantas menerangkan kepada beliau, namun beliau tidak percaya. Saya yakinkan beliau dan memulakan rawatan mendemah dengan air panas mendidih di seluruh tubuhnya terutamanya di bahagian perutnya.Kemudian saya melangsungkan bekam makrifat dan senaman makrifat.

Dengan izin-Nya, beliau kembali cergas dan boleh berjalan walaupun masih lemah.Setelah menjalani beberapa kali rawatan, beliau akhirnya pulih seperti sedia kala. Setelah pulih, barulah beliau teringat seminggu sebelum beliau sakit, beliau telah memakan gulai labu ikan masin serta meminum air teh ais. Saya terangkan kepada beliau bahawa labu mempunyai kandungan angin yang sangat kuat kepada sesiapa yang tidak tahan begitu juga dengan air teh serta ais. Alhamdulillah beliau kembali sihat dan menawarkan kepada saya sebagai rakan kongsinya.Beliau juga menawarkan gaji yang lumayan pada setiap 6 bulan sekali kira keuntungan.Saya menolak permintaan beliau kerana saya lebih selesa merawat dengan cara begini dan apa yang saya lakukan adalah kerana Allah semata-mata.Beliau faham dan meminta saya mengambilnya sebagai anak murid,saya bersetuju. Kini beliau sering datang sama ada mahu belajar ataupun kadang-kadang membawa pesakit kepada saya.Alhamdulillah Allah Maha Penyembuh dan Maha Mengetahui.

No comments:

Post a Comment