Friday, June 10, 2011

Akibat mengalihkan Batu Sempadan dan Kebesaran Allah dalam memberikan KurniaNya..

Ya Allah..tolong saya jii..tak tahan rasanya..Panas pijar rasa badan ni rasanya..aduh..
Allah..tolonglah perut lak asyik meragam je..bila makan muntah sebu..tak daya rasanya..
Haji Jemail merayu memohon pertolongan pada saya."Sabar ji..InsyaAllah saya akan cuba sedaya yang boleh..".Saya cuba menenangkannya.

Menurut anaknya Zainal,bapanya menderita hampir 5 bulan semenjak balik dari Ipoh mengikut rombongan penganti.Doktor dah jumpa kata tidak ada penyakit.Jumpa bomoh pula kata kena sihir ada yang kata saka dan sebagainya.Tapi tidak juga mahu sembuhnya, semakin parah kini Haji Jemail semakin kurus jalan pun terpaksa dipapah.

Saya mulakan rawatan dengan berselawat dan membaca fatihah.Sebaik saya selesai membaca ayatul kursy tiba2 saja telah berada dalam sebuah kebun kelapa sawit.Di situ apa yang saya lihat seorang lelaki sedang mencangkul dan cuba mengeluarkan batu tanda dan berusa memindahkannya ketempat lain.Sebaik selesai lelaki tersebut pergi pula kehujung kebun dan melakukankerja yang sama.

Kemudian lelaki tersebut mengira pula pokok-pokok kelapa sawitnya dan tersenyum seolah puas hati."Hehehe..semakin luas kebun aku..nilah balasannya..aku tegur baik2 engkau ketawakan aku..nah rasakanlah akibatnya..".

Sebaik saya kembali kealam nyata maka saya tanyakan hal tersebut dengan cara berlapik agar tidak menyinggung perasaan yang lain.Sebaik saya menceritakan petunjuk yang saya dapati itu,Haji Jemail terus menangis tersedu-sedu dan mengesahkan apa yang saya lihat itu semuanya benar.

Menurut Haji Jemail sebenarnya bermusuhan dengan Ah Kim pemilik kebun sawit bersebelahan dengan kebunnya.Ah Kim ada membela seekor anjing dan anjing itu selalu menyalak dan menganggunya sewaktu nak kekebunnya.Haji Jemail telah beberapa kali memberitahu pada Ah Kim tapi dia hanya tersenyum dan ketawa saja.Semenjak itu dia menyimpan dendam kepada Ah Kim lalu dia bertindak mengalihkan batu tanda sempadan sebagai membalas dendam kepada Ah Kim.

Sehingga kini telah hampir 20 tahun tidak ada sesiapa yang mengetahuinya dan beliau juga telah lupa akan hal tersebut.Saya hanya mampu beristigfar dan meminta Haji Jemail agar bertaubat kerana selama ini beliau menipu dalam berkebun sehingga dengan duit sawit tersebut dia dapat menunaikan haji.

Setelah mendapatkan rawatan dari saya beliau dan anaknya Zainal telah meminta diri untuk balik.Hampir lima bulan selepas itu beliau telah datang berjumpadengan saya dan menceritakan bahawa beliau telah menemui Ah Kim dan meminta maaf kepadanya atas segala perbuatannya.Allah Maha Besar selepas meminta maaf saya ingat Ah Kim akan marah kepada saya,sebaliknya dia telah memaafkan saya dan yang lebih mengharukan lagi dia bagi tanah tersebut pada saya.Saya telah menolaknya tetapi dia tetap berdegil.Ah Kim kata dia terharu kerana saya jujur mengaku segala perbuatan masa lalu dan sebagai ganjarannya dia hadiahkan saya tanah tersebut.

Saya terpaksa menerimanya ji..terima kasih ji..ini hadiah dari saya pula kepada haji..saya harap haji sudi menerimanya pula.Haji Jemail meletakkan sampulsurat di tangan saya dan meminta diri untuk balik.

Alhamdulillah saya ucapkan kepada Allah di atas kebesarannya dalam mengurniakan rezeki.Secara kebetulan pula saya juga sedang memerlukan duit untuk menampung belanja anak di universiti.Saya buka sampul surat alhamdulillah semuanya sepuloh ribu.Tepat seperti yang saya pohon kepadaNya untuk urusan anak dan keperluan lainnya.Allah Maha Besar.

No comments:

Post a Comment