Monday, May 30, 2011

Alim Bersereban jangan disangka baik Nafsu serakah tidak Kenal hukum halal haramnya..

Semasa saya baru selesai merawat seorang pesakit dari Kuala Lumpur kira-kira pukul 9 malam baru-baru ini datang pula satu keluarga membawa anak gadisnya yang sedang diserang histeria.Empat orang lelaki yang memegang gadis tersebut yang meronta-ronta ingin melepaskan dirinya.

Menurut bapa gadis tersebut beliau telah berjumpa dengan beberapa orang bomoh dan ustaz namun keadaan anaknya sekejab baik kemudian jadi lagi.Menurut bomoh dan ustaz anaknya kena rasuk jin yang dihantar seseorang kepada dia."Tolonglah ji..kesian tengok dia..dari semalam tak berhenti meracau dan meronta-ronta..makan pun belum lagi.."

Saya mulakan dengan bacaan Al Fatihah dan selawat kepada Nabi saw.Selepas itu saya baca kebatinan yang dipelajari dari aruah bapa sebaik saya membuat zikir Allahu tiba-tiba saya berada dalam sebuah bilik di sebuah banglo 2 tingkat.Apa yang saya lihat seorang gadis tanpa pakaian sedang meronta-ronta menangis sambil sekali-kali mengerang kerana sedang melakukan hubungan jenis dengan seorang lelaki setengah umur.Dari pandangan saya bahawa gadis tersebut seolah tidak rela dengan perlakuan lelaki setengah umur itu.

Sebaik selesai melakukan hubungan tersebut saya lihat lelaki tersebut tergopoh gapah keluar dari bilik tersebut dan terus menaiki tangga menuju ruang atas.Saya ikuti dari belakang lelaki tersebut memasuki sebuah bilik dan terus merebahkan dirinya disebelah wanita mungkin isterinya.Kemudian saya kembali semula kekamar tadi dan saya lihat gadis tersebut telah mengenakan kembali pakaiannya namun masih teresak-esak menangis.

Sebaik saya kembali dialam nyata kelihatan gadis tersebut telah tidak meronta lagi dan tertidur berbantalkan peha ibunya.Saya perhatikan muka gadis tersebut sama seperti yang saya lihat tadi.Kemudian saya cuba pula melihat kearah muka lelaki-lelaki ayang datang bersamanya namun tidak seorang pun yang menyerupai lelaki yang meniduri gadis tersebut.Saya tunduk sambil memikirkan petunjuk yang saya dapati tadi.

Setelah membiarkan gadis tersebut tidur selama sejam saya suruh ibunya mengejutkan
nya.Kemudian saya minta izin dari kedua orang ibu bapanya untuk bercakap secara empat mata dengan gadis tersebut.Mereka izinkan lalu meninggalkan hanya saya berdua saja dengan gadis tersebut.

Dengan cara yang lembut saya menceritakan segala petunjuk yang saya perolehi kepada
gadis tersebut.Dengan penuh tangisan gadis tersebut mengatakan bahawa lelaki tersebut adalah abang iparnya sendiri.Menurutnya lagi abang iparnya itu terkenal sangat alim dan mempunyai jawatan dalam sebuah parti politik.Menurutnya dia duduk bersama abang iparnya hampir tiga tahun kerana menjaga anak dan isterinya yang sedang sakit lemah badan atau separuh lumpuh.

Menurut gadis tersebut dia mula menjadi mangsa kerakusan abang iparnya hampir dua tahun kerana kakaknya tidak dapat melayan nafsu suaminya lagi akibat sakit,nak cerita dengan kakaknya tidak sampai hati dan mungkin tidak akan percaya kerana abang iparnya sangat alim dan sentiasa bersereban dan bertasbih.Nak cerita dengan kedua ibu bapanya pasti tidak akan percaya kerana abang iparnya menantu kesayangan dan pandai mengambil hati kedua orang tuanya.Nak buat report pada polis tidak sampai hati melihat keadaan kakaknya."Saya buntu ji..tolonglah saya..".Huuhuu..gadis tersebut menangis tersedu-sedu..

Saya panggil kedua ibu bapanya masuk dan secara lembut saya ceritakan apa yang saya ketahui dari mula hingga akhir.Sebaik saya selesai cerita apa yang sebenarnya terjadi tiba-tiba emak gadis tersebut terus saja pengsan.Setelah sedar dari pengsan emak gadis tersebut menangis tanpa henti-henti sambil memeluk suami dan anaknya.Saya hanya
mampu mengelengkan kepala sambil beristigfar.

Setelah hampir lima jam di rumah saya mereka minta diri dan berjanji akan cuba menyelesaikan masalah tersebut cara baik.Saya hanya mampu minta mereka bersabar.Ya Allah yang Maha Besar aku mengucapkan syukur kepada Mu kerana telah memberi aku kebolehan untuk mengubati kepada sesiapa yang memerlukannya.Dan aku bersyukur kerana Engkau telah memberi petunjuk dan menyembuhkan mereka yang memerlukannya.Sesungguhnya tiada berkuasa melainkan Engkau jua Ya Allah..

No comments:

Post a Comment