Saturday, May 14, 2011

Akibat Bersekedudukan dengan Adik ipar kaki patah 4 tahun tidak boleh berjalan..

Jii..tolong isteri saya ni..dah 4 tahun tidak boleh berjalan.Sejak kakinya patah doktor
masukan besi..tapi tak boleh jalan juga..tukang urut dah tidak tahu mana nak cari lagi..bomoh kata ada jin kacau dia tu yang susah sangat nak sembuh..macam-macam dah usaha tapi belum jodoh lagi..pinta Sulaiman (bukan nama sebenar).

Lindah 28 tahun yang duduk di kerusi roda memandang saya dengan sayu..InsyaAllah hanya itu yang mampu saya katakan.Saya mulakan rawatan dengan bacaan selawat dan fatihah dengan izinNya saya mula mengesan penyakit Lindah.Apa yang saya nampak mungkin tidak masuk dik akal namun itulah kenyataannya.Saya lihat seorang wanita muda sedang melakukan hubungan bersama pasangannya.Sebaik selesai dia tergesa-gesa memakai pakaiannya dan bergegas keluar dari rumah tersebut.

Saya ikuti dari belakang sehingga tiba disebuah rumah kayu dengan tergesa-gesa menaiki tangga kayu rumah tersebut secara tiba-tiba dia menjerit dengan kuatnya kerana tergelincir dab kaki beliau tersangkut pada tangga kayu dan terus pengsa kerana kepalanya terkena hantukkan keras semasa jatuh ditangga rumah tersebut.Kemudian saya lihat seorang lelaki dalam lingkungan 50an keluar membantu wanita tersebut.

Sebaik saya kembali dialam nyata saya amatimuka Lindah..ya memang sama apa yang saya lihat..saya pandang pula suaminya sama juga dengan orang yang membantu semasa beliau jatuh..siapa pula lelaki yang buat hubungan dengan Lindah bisik hati saya..macamana nak terangkan kepada mereka berdua..pening saya memikirkannya..Begini bang boleh tak izinkan saya bercakap bersendirian dengan isteri abang sekejab ?..boleh apa salahnya..Sulaiman mengizinkannya dan bergerak keluar dari rumah saya.

Saya mula menceritakan apa yang saya lihat kepada Lindah dari mula sehingga akhirnya..Huhuhuu..betul apa yang Aji lihat tuu..Lelaki tuu..huhuhu..lelati tu adik ipar sayaa..huhuhu..Astagfirullahalaziim..saya mengucap panjang.Suami saya ni dah tak mampu buat apa-apa,dia lemah batin jii..huhuhu..Saya hanya mampu menasihatkan beliau agar bertaubat memohon keampunan kepada Allah dan memohon maaf kepada suaminya..

Selepas suaminya masuk Lindah terus pegang tangan suaminya memohon keampunan dan menceritakan apa yang telah beliau lakukan.Apa yang memeranjatkan saya rupa-rupanya suami beliau telah tahu segala perbuatan isterinya namun didiamkan saja kerana dia tahu bahawa dia tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya dan beliau telah lama memaafkan Lindah kerana terlalu cintakan isteri serta 2 orang anaknya dan bertekat mendiamkan saja apa yang dilakukan oleh isterinya.Saya hanya mampu mengelengkan kepala dan beristigfar panjang.Saya nasihatkan kepada mereka berdua agar bertaubat kepada Allah dan memohon petunjuk dariNya.

Kini dengan izin Allah Lindah sudah boleh berjalan walaupun tidak sesempurna dulu dan suaminya telah pulih dari penyakit lemah batinnya dan dikurniakan lagi dengan kehadiran seorang cahaya mata yang baru.Kini beliau suami isteri telah berpindah dan tidak duduk sekampung dengan adiknya lagi.Sulaiman dan Lindah telah datang kerumah saya baru-baru ini kerana mengucapkan terima kasih.Saya mengangkat tangan berdoa mengucapkan syukur keatas kebesaran Allah dan menjadikan peristiwa ini iktibar kepada saya dan sesiapa yang membacanya.Saya minta izin kepada beliau untuk menceritakan peristiwa ini dan diizinkannya dengan syarat nama dan kampungnya jangan disebutkan..

No comments:

Post a Comment