Friday, May 6, 2011

Dengan IzinNya tangan yang terlucut dari bahu pulih seperti sedia kala...

Naupal 19 tahun telah terlantar hampir 3 bulan di hospital akibat kemalangan motorsikal.Kedua belah kakinya serta tangan kirinya patah dan telah dimasukan besi, tangan kanannya pula telah terlucut dari bahunya terkelai lumpur tidak bergerak.Menurut doktor kemungkinan tangan kanannya akan lumpur selamanya dan kemungkinan juga Naupal tidak boleh berjalan seperti sedia kala.Setelah dibawa balik ke rumah ibunya tidak berputus asa dan cuba buat rawatan cara kampung namun tidak ada yang sanggup untuk mengubatinya.

Setelah terlantar selama sebulan di rumah terbaring, ibunya telah diperkenalkan kepada saya oleh jirannya.Setelah menerangkan serba sedikit saya telah diperlawa kerumahnya untuk melihat akan keadaan anaknya.Secara kebetulan saya dan ibu Naupal tinggal dalam satu taman perumahan cuma tidak kenal antara satu sama yang lain.

Sebaik tiba saya lihat Naupal hanya terbaring dan hanya mampu mengerang kesakitan.Saya mulakan rawatan dengan merawat tangannya yang tercabut dari bahu dengan izin Allah dan dapat dimasukan kembali.Kemudian saya rawat pula bahagian pinggang kebawah dengan urutan cara batin.Setelah dirawat selama 3 hari berturut dengan izinNya tangan yang tercabut sudah boleh digerakkan sedikit demi sedikit begitu juga dengan kedua belah kakinya.

Setelah dirawat selama seminggu dengan izinNya beliau telah boleh berjalan walau pun agak keras kerana kakinya telah dimasukkan besi.Dan dengan izinNya juga tangannya yang tercabut sudah boleh digerakkan walaupun masih lemah.Alhamdulillah dengan izinNya kini Naupal telah pun pulih walaupun tidak sepenuhnya dan kini telah pun bekerja di bandar Kajang.Ya Allah sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Besar tiada penyembuh yang meninggalkan kesan melainkan Engkau Yang Maha Penyembuh.Aku bersyukur kepadaMu yang telah menganugerahkan kebolehan untuk merawat pesakit kepada ku namun kesembuhan penyakit itu hanya Engkau jua yang menyembuhkannya.

No comments:

Post a Comment