Friday, May 20, 2011

Sekali lagi Kunci Sekapur Sirih membantu dalam menewaskan Jin Fakur

Semasa saya merawat seorang pesakit dari Sabah yang telah datang bertemu dengan saya bersama isteri dan anaknya baru-baru ini.Kamil(bukan nama sebenar)meghidapi penyakit aneh badannya kena gatal-gatal seperti berbintat-bintat membentuk seperti sarang labah-labah.Semakin diguru semakin gatal jika diletak ubat gatal semakin terasa gatalnya dan seperti di terkena cili pedih dan panas.Menurutnya telah bertemu dengan doktor tapi anehnya doktor tidak dapat mengesan penyakitnya.Beliau juga telah berjumpa beberapa orang bomoh semua mengatakan sihir rakan sekerja tapi tidak baik juga.

Setelah Kamil dan isterinya menceritakan serba sedikit masalahnya saya mulakan rawatan dengan membaca selawat dan Al fatihah.Semasa saya membaca ayatul kursy Kamil mula memegang kepala dan meracau dalam bahasa yang saya tidak fahami langsung.Badan Kamil meliuk-liuk seolah bersilat dan mulutnya tidak berhenti mengomil seolah membaca mentera.

Secara tiba-tiba saja saya berada di sebuah gelanggang silat dan muncul secara tiba-tiba lembaga berbentuk monyet besar menyerang kearah saya dengan ganasnya mujurlah saya dapat mengelak serangannya.Saya mula mengatur langkah membentuk kuda-kuda untuk menahan jika diserang kembali.Lembaga monyet itu merenung saya dengan matanya yang merah penuh kebencian kepada saya.Saya mula membaca surah Al Jin bermula ayat.. Kul uhiya ilaiya sehingga ayat lima yang berbunyi.. waanahu kaa na ri jaa lum sambil memandang kemata makluk tersebut secara tiba-tiba makluk tersebut membuat beberapa gerakkan dan berpusing-pusing dan melompat ke uadara lalu melayangkan badannya kearah saya.Nasib baiklah saya telah bersedia dengan memusingkan sedikit badan makluk tersebut tersungkur kedepan.

Namun ia mengolek secepat kilat bangun dan menerkam kearah saya dengan bengis dan taringnyamenyeringai menyeramkan.Saya mengelak kembali dan berjaya memberi pukulan sulung kearah belakangnya sambil menjerit Allahu Akbar sekuat hati dan makluk tersebut terserembam dan menjerit mengeluarkan suara yang kuat.Dengan jurus tenaga dalam yang saya pelajari dari aruah ayah saya tujukan sekuat hati kearah makluk tersebut tepat mengenai rusuknya dan makluk tersebut menjerit terus ghaib dari penglihatan saya.

Dalam masa saya tercari-cari hilangnya makluk tersebut tiba-tiba saya terasa dada seperti menerima tendangan yang begitu kuat dan saya tercampak menahan kesakitan.Saya gagahkan diri bangun menahan kesakitan namun saya tidak menunjukkan yang saya sedang menahan kesakitan terus duduk pendekar sambil tangan bersedia jika diserang dan membaca ayat enam surah Al Jin.. wa annahum zunnuu kamaa zhanantum sehingga ayat tiga belas yang berbunyi..wa annaa lamma sami'nal muncul dihadapan saya seorang lelaki pertengahan umur berpakaian serba hitam lengkap bertengkolok sedang membuat gerakan helang berlegar dengan suara seperti seekor helang bersiul dengan nyaringnya.Saya sambung bacaan ayat dari surah alJin sehingga sampai ayat sembilan belas yang berbunyi..wa annahu lammaa qaa ma abdullahi secara tiba-tiba satu kilauan kuning menuju tepat kearah dada.

Saya merebahkan diri ke hadapan dan mengolek sambil melepaskan pukulan pasak bumi yang dipelajari dari aruah ayah namun pukulan itu dapat dielakannya.Saya teruskan dengan menyerang dengan pelbagai jenis pukulan dan zikir Allahu yang tidak lengkang di bibir namun semuanya dapat ditepis dengan tangkasnya oleh lelaki berpakaian serba hitam itu.Dengan sepantas kilat pula menyerang kembali kearah saya sehingga saya terpaksa berundur untuk mengelakkan serangannya sambil mencari kelemahan atau kesilapannya.

Lelaki berpakaian hitam melepaskan satu tumbukan padu kearah saya tapi saya mengkilasnya dan terus membuat kuncian sekapur sirih dan membentes sehingga ianya terserembam menyembah bumi tidak terkutik akibat kuncian sekapur sireh.Saya duduk di belakangnya sambil membetulkan kuncian dan terus membaca berulang kali ayatul kursy dan memaksa secara batin pendekar berbaju hitam menceritakan apa sebenarnya terjadi.

Menurut pendekar berbaju hitam namanya Jin Fakur merupakan sahabat kepada Kamil namun Kamil telah menderhaka tidak menurut perintah dan telah melanggar segala pantang larang dunia persilatan yang dipelajari dari gurunya yang merupakan datuknya juga.Kamil juga telah melanggar perjanjian dengan datuknya kerana tidak memberi sesajian setahun sekali seperti yang dijanjikannya dengan aruah haji Masnur Baginda datuknya.

Saya pinta kepada Jin Fakur agar melepaskan Kamil jika tidak saya juga tidak akan melepaskannya,setelah berbincang panjang lebar dengan Jin Fakur dan menyetujui syaratnya maka Jin Fakur bersetuju melepaskan Kamil dengan syarat ia perlu berbuat seperti yang dijanjikannya dulu.Setelah membuat aku janji maka saya lepaskan Jin Fakur dan kembali kealam nyata.Saya lihat Kamil rebah pengsan tidak sedarkan diri lalu saya renjiskan dengan air surah yasin dan dia tersedar dan bertanya kepada isterinya apa yang terjadi.

Setelah keadaan reda barulah saya ceritakan apa yang terjadi kepada Kamil dan beliau mengakui apa yang saya alami adalah benar dan beliau berjanji akan mengikut segala kemahuan Jin tersebut.Saya nyatakan juga kepada beliau agar jangan bersahabat dengan Jin kerana tidak baik dan berdosa saya juga menyatakan kesanggupan untuk membuang jin tersebut jika dia mahu.Kamil hanya tunduk membisu.Saya lihat kesan bintat dibadannya serta merta hilang dan Kamil tidak lagi merasa gatal mahu pun sakit.Setelah selesai Kamil meminta diri untuk pulang dan berjanji akan datang semula sekiranya dia mahu membuang Jin tersebut.Alhamdulillah..saya mengangkat tangan dan memuji kepadaNya..Sesungguhnya cukup Allah yang menjadi wakil kita dan Allah itu Maha Besar dan lagi Maha Perkasa..

No comments:

Post a Comment