Wednesday, April 27, 2011

Saka Keturunan minta dijaga setelah terbiar sekian lamanya...

Baru-baru ini saya merawat seorang pesakit dari negara jiran Singapura yang strok dan beliau telah dikatakan koma selama tiga bulan,menurut doktor beliau disyaki terkena kencing tikus(Othman bukan nama sebenar).

Saya mulakan rawatan dengan membaca selawat dan Al Fatihah dengan izin Allah S.W.T. saya mula mengesan sesuatu yang ganjil.Apa yang saya lihat seorang tua berpakaian serba hitam sedang duduk bersila menghadap pada sebuah busut sambil mulutnya seperti membaca mentera.Sebaik selesai membaca mentera yang saya tidak fahami sekoyong-koyong muncul seorang tua yang bertongkat tergigil-gigil dihadapan beliau dengan matanya yang merah memandang tepat kearah lelaki tua yang duduk bersila di depannya.

Kelihatan mereka bercakap-cakap namun saya tidak faham butir percakapannya.Dengan izinNya berkat ilmu kebatinan yang saya pelajari dari aruah bapa saya dapat bercakap dengan kedua-dua mereka secara batin.Menurut mereka adalah saka keturunan Othman dari sebelah moyangnya yang berasal dari Tanah Seberang / Jawa yang ditugaskan untuk menjaga anak cucu cicit namun mereka marah kerana telah sekian lama tidak diberi makan dan dijaga oleh keturunan tersebut.Saya katakan kepada keduanya jika kamu disuruh menjaga keturunannya.. kenapa pula kamu sakiti keturunannya pula.

Menurut saka yang bertongkat, mereka terasa sakit hati kerana telah dibiarkan begitu lama tanpa diberi makan dan dibiarkan begitu saja tak ada siapa yang nak bela mereka.Saya katakan kepada mereka kenapa tidak cari sendiri..kenapa pula harus anak cucu bela dan dihantarkan makanan kepada mereka.Dengan nada yang marah orang tua yang berpakaian hitam menjawab bahawa moyang Othman berjanji akan menjaga mereka berdua sebaik mungkin namun tidak lagi menjaga setalah mati dan tidak meninggalkan waris untuk menjaga mereka.

Saya katakan lagi kepada mereka jika tidak ada yang mahu menjaga mereka kenapa pula harus menyakiti anak cucu yang tidak tahu apa-apa.Mereka hanya mendiamkan diri seolah
berfikir dan bercakap sesama mereka tanpa saya faham butir percakapan mereka.Akhirnya saya pinta kedua mereka agar melepaskan Othman dan jangan disakitinya lagi.Mereka bersetuju dengan syarat Othman harus menjaga mereka.Sebaik selesai berkata begitu kedua mereka terus ghaib tidak dapat saya kesan lagi.

Sebaik saya kembali pada alam asal saya ceritakan segala apa yang saya ketahui kepada Othman dan keluarganya dan menyuruh Othman berdiri dengan IzinNya beliau boleh berdiri dan boleh berjalan beberapa langkah dengan mengunakan tongkat tanpa kerusi roda.Alhamdulillah bisik hati saya.Saya nasihatkan kepada beliau dan keluarga agar membuang saka keluarga tersebut sekiranya tidak mahu menjaganya dan saya terangkan kepada mereka berdamping dengan makluk selain dari Allah hukumnya haram.

Mereka faham namun mereka terpaksa meminta izin dari adik beradik yang lainnya jika hendak dibuang saka tersebut.Selepas menjalani rawatan Bekam makrifat dan menjalani senaman sedut makrifat mereka saya izinkan untuk pulang.Othman pulang ke Singapura dengan bertongkat dan meninggalkan kerusi rodanya di rumah saya serta berjanji akan kembali semula jika diizikan Allah.

No comments:

Post a Comment