Thursday, April 14, 2011

Akibat Tamak..Anak Tiri hidup tersiksa...

Tolonglah ji..setiap kali saya menyiang ikan atau apa saja benda yang berdarah saya pasti akan menderita..lihatlah muka saya ni dah macam negro...tangan pula berbintik-bintik..gatal,miang.Puas dah berubat..doktor dah pergi tapi dia kata tak ada penyakit..bomoh,ustaz semua dah jumpa tapi mereka tidak sanggup.ada yang mengatakan saya ni dijaga oleh beberapa ekor jin dan ada yang kata saya ni kena sampuk dan macam-macam.huhuhu...Norlia (bukan nama sebenar)menangis tersedu-sedu depan saya. Suaminya hanya menundukkan kepala tidak tahan melihat penderitaan isterinya.

Saya mulakan rawatan dengan membaca Al Fatihah dan berselawat kepada Rasulullah saw. Dengan izinNya saya tiba-tiba berada dalam sebuah Tokong Siam Duduk di situ saya lihat seorang wanita dalam lingkungan 30an sedang bersama seorang sami yang memegang sebuah patung sambil mulutnya sami tersebut tidak berhenti membaca mentera yang saya tidak fahami.Sami tersebut membaca mentera sambil tangannya tidak berhenti menabur sesuatu seperti bedak pada patung tersebut.

Kemudian saya lihat sami itu mengambil sesuatu seperti minyak dan satu bungkusan dalam plasti lalu menyerahkan kepada perempuan tersebut setelah itu perempuan itu pun keluar dari Tokong tersebut.Saya ikut perempuan tersebut sehinggalah sampai pada sebuah rumah yang besar dan melihat perempuan tersebut merenjis-renjiskan minyak pada setiap sudut rumah tersebut dan menaburkan sesuatu seperti abu di sekeliling rumah.

Saya kembali semula ke dalam Tokong tersebut dan menghampiri Sami untuk bertanya apa tujuan perempuan tersebut.Pada mulanya Sami tersebut enggan dan kelihatan marah pada saya kerana cuba mencampuri urusannya.Namun dengan izin Allah setelah dipaksa dengan mengunakan ayat-ayat suci Al Quran barulah dia menceritakan maksud perempuan tersebut
meminta pertolongannya.

Mek Zainab (bukan nama sebenar)telah berkhawin dengan Pak Lik (bukan nama sebenar) seorang usahawan yang berjaya yang telah pun mempunyai dua orang isteri dan lima orang anak semuanya telah besar dan telah berkhawin.Namun dua orang isterinya telah diceraikan setelah berkhawin dengan Mek Zainab.Pak Lik dengan isterinya yang tua mempunyai seorang anak perempuan yang telah berkhawin bernama Norlia.Pak Lik telah memberikankan sebuah rumah banglo di atas sebidang tanah seluas tiga ekar kepada anaknya Norlia sebagai hadiah perkhawinannya namun isteri mudanya tidak bersetuju.

Mek Zainab berusaha untuk mendapatkan kembali rumah tersebut dengan memujuk suaminya namun Pak Lik tidak mengindahkannya.Kerana berasa dendam beliau telah pergi jumpa bomoh Siam lalu menundukkan suaminya dan cuba pula membuat Norlia agar menderita dan bersetuju untuk menyerahkan kembali rumah tersebut.Menurut Sami Siam abu yang di tabur itu adalah abu mayat orang mati terbunuh dalam gaung yang telah dipuja dan minyak yang digunakan itu adalah minyak dagu.Saya pinta kepada bomoh Siam tersebut menyembuhkan kembali Norlia,namun dia kata hanya boleh membuat tapi tidak tahu bagaimana nak memulihkannya kembali.Setelah didesak barulah dia berikan cara-cara untuk mengubatinya.

Dengan izinNya saya kembali semula di depan pesakit dan terangkan keadaannya dan sebabnya dia jadi begitu.Barulah Norlia faham dan membenarkan segala yang saya di fahami dari bomoh Siam tersebut.Menurut Norlia kini beliau telah tidak tinggal di rumah tersebut kerana tidak tahan sering kena ganggu. Menurutnya lagi hubungan dengan mak tirinya memang tidak baik dan emak tirinya juga pernah mengancamnya akan buat dia keluarganya tidak akan gembira.

Itulah kerana harta manusia sanggup berbuat apa saja dengan membelakangkan segala larangan Allah dan melakukkan perbuatan syirik.Ingatlah segala kesenangan dunia ini hanya sementara akhiratlah tempat yang kekal abadi.Dengan IzinNya segala petunjuk telah diberiNya dan segala kesembuhan juga adalah keranaNya.Semuga Allah menyembuhkan
seperti sedia kala Norlia dan semuga Allah mengembalikan kembali ibu tirinya ke pang
kal jalan..Amin..

No comments:

Post a Comment