Friday, April 1, 2011

Saka Bajang bongkar rahsia wanita tua ada memakai susuk di kemaluannya.

Seperti yang dijanjikan hari khamis mlm jumaat setelah segala persiapan dibuat saya dan rombongan seramai empat orang datang kerumah pesakit yang meminta agar merawat ibunya yang dikatakan mempunyai saka.Sebaik sampai saya memulakan tugas dgn memagar sekitar kawasan rumah.Setelah memberi salam dan masuk didalam rumahnya terdapat kira2 10 orang didalamnya dan seorang wanita tua terbaring sambil meracau yang tidak difahami apa yg diucapkannya.Saya hampiri wanita tersebut dan memberi salam namun tidak mampu utk menjawabnya,matanya merah menyala spt buah saga sgt mengerunkan sesiapa yg memandangnya.Menurut salah seorang anaknya ibunya langsung tidak boleh mengucap hanya makian yg keluar dari mulutnya.Saya meminta kepada salah seorang ahli rombongan agar mengambil rakaman video setelah mendapat persetujuan dari ahli keluarganya.Setelah berbincang dgn ahli keluarga,serta rakan2 dan mereka memahami apa yg perlu dilakukan maka upacara memandikan dan mengkapan ibu dan 4 org anak perempuannya dimulakan.Setelah selesai saya memulakan tugas dengan nama Allah dan berselawat keatas Nabi saw dan membaca Al fatihah sebanyak 20x,surah al iklas 11x,alfalak 1x dan diikuti dgn surah An nas 1x diikuti pula dgn beberapa surah.Sementara seorang ustaz yg membantu membaca Al Quran dan yang lainnya membantu dgn berzikir ayat kursi sepanjang proses rawatan.Dengan izin Allah tiba2 dihadapan perempuan tua tersebut wujud satu makluk yang berupa cahaya putih tinggi dan dapat dilihat matanya merah bersinar memandang kearah saya dengan perasaan marah.Dengan izinnya saya dapat berdailog secara batin dgn makluk tersebut.Maklut tersebut dikenali sebagai Bajang laut sejenis makluk berupa jin bukan golongan jin islam yang dipelihara untuk membantu beliau membuat kerja2 yang berat2.Menurut maklutk tersebut tidak ada gunanya saya menangkapnya atau dia keluar dari keluarga tersebut kerana wanita tersebut mengamalkan sejenis ilmu susuk yang dimasukan kedalam kemaluannya.Menurut makluk tersebut kemaluan wanita tersebut sudah membengkak dan wanita tersebut tidak akan mati jika susuknya tidak dikeluarkan terlebih dulu.Saya tidak hiraukan segala kata2 makluk tersebut sebaiknya saya suruh makluk itu keluar atau mengucapkan syahadat dan keluar dari situ dengan segera.Saya suruh ia mengucapkan syahadat dan beriman kepada Yang Maha kuasa lebih kurang 30x namun dia tetap ingkar dan mula melawan.Walau dipaksa sekali pun makluk tersebut tetap enggan dan mula bergerak menuju kearah anak perempuannya yang nombor tiga.Dengan izin Allah dan bantuan dari mereka yang berzikir tanpa henti-hentinya akhirnya makluk tersebut dapat ditangkap.Hampir 2 jam setengah barulah dapat ditewaskan makluk tersebut dengan izin Allah.Kuasa Allah mengatasi segala-galanya.Dengan kehendak Allah juga pesakit tersebut sudah boleh mengucap dan matanya kembali normal spt biasa.Setelah selesai upacara tersebut saya bertanya kepada salah seorang anaknya samaada kemaluan ibunya bengkak dan anaknya membenarkan apa yang saya katakan.Saya terangkan bahawa ibunya ada mengunakan susuk dikemaluannya dan saya tidak pernah mengeluarkan susuk sebelum ini, namun saya akan berusaha.Saya pinta kepada ahli keluarganya jika susuk tersebut tidak keluar atau pecah dalam 21 hari dan selewatnya 3 bulan agar mereka berusaha mencari mereka yang arif tentang susuk.Dengan izin Allah setelah 21 hari susuk tersebut pecah dan keluar.Dan dengan izin Allah ibunya dengan tenang menghembuskan nafas yang terakhir pada hari yang ke 25.Allah Maha Besar...Semuga Allah mencucuri rohnya dan menerimanya bersama orang2 yang beriman.

No comments:

Post a Comment