Wednesday, April 20, 2011

Saka keturunan Pesakit membantu menghalau makluk Yang mengerikan ketika membuat rawatan di Hospital...

Saya telah dijemput ke hospital oleh abang sulung saya pada hari sabtu 16/4/2011 yang lepas kerana menantunya yang berumur 28 tahun kena strok sewaktu sedang bekerja.Lebih kurang pukul 1.20 ptg saya sampai kelihatan agak ramai juga saudara mara yang datang melawatnya.Saya lihat menantu abang saya begitu lesu tidak boleh bergerak serta bercakap di atas katil di kelilingi sanak saudara yang datang memberikan sokongan dan tanda simpati kepada beliau.

Selepas memberi salam kepada beliau saya membaca Fatihah dan selawat kepada Nabi saw dan memulakan rawatan secara batin kepada beliau.Apa yang saya lihat begitu menakutkan seorang yang sangat tua terketar-ketar sedang berlawan dengan satu makluk yang tidak dapat saya gambarkan disini bagaimana rupanya yang sangat mengerikan.Walaupun sudah tua namun kekuatanya agak luar biasa,ia berlawan tanpa kenal takut setiap kali makluk yang menakutkan itu menyerang akan dibalasnya kembali tanpa rasa gentar.

Orang tua tersebut sebenarnya adalah penjaga pada menantu abang saya,atau lebih tepat lagi saka yang menjaganya.Dengan Izin Allah saya dapat berbicara secara batin dengannya dan beliau meminta agar saya membatunya menentang makluk yang cuba menganggu cicit jagaannya itu.Menurutnya lagi makluk tersebut mengacau cicitnya sewaktu sedang bertugas di tempat kerjanya.

Dengan izinNya kami berdua bersatu dan dapat menghalau makluk tersebut dari menganggu menantu abang saya.Setelah mengucapkan terima kasih kepada saya orang tua tersebut telah ghaib dari pandangan tanpa sempat untuk bertanya namanya dan asal keturunannya.Setelah itu saya kembali semula kealam nyata dan melihat kepada menantu abang dan dengan Izin Allah setelah saya membuat beberapa gerakan batin makrifat beliau telah boleh berdiri dan berjalan walaupun dalam keadaan lemah.

Semua yang ada pada masa itu seolah tidak percaya dengan apa yang mereka telah lihat dengan izinNya pesakit yang tidak boleh bergerak langsung dan bercakap telah dapat bergerak walau pun masih lagi tidak dapat bersuara.Mereka semua mengucapkan tahnia kepada saya dan menantu abang.Saya terus mengucapkan syukur kepada Allah dan membacakan sedikit doa selamat tanda syukur kepadaNya.Selepas itu beberapa orang pesakit pula meminta pertolongan dari saya.Demi tidak menghampakan permintaan mereka saya buatkan rawatan juga walaupun masih lagi dalam keadaan letih kerana baru bertempur dengan makluk yang menganggu menantu abang saya.Walau pun letih namun untuk menolaknya saya tidak sampai hati kerana saya telah berjanji selagi saya berkemampuan saya akan membantu namun segala kesembuhan adalah dengan kehendak Allah jua.

Alhamdulillah syukur kepada Allah menantu abang saya telah keluar hospital pada 18/4/2011 dan telah dibawa kerumah saya untuk dirawat lagi.Dengan izin Allah kini beliau boleh bergerak seperti biasa walaupun tidak secergas seperti biasa kerana baru ditimpa strok.Beliau kini boleh bercakap walau pun agak perlahan kerana masih lagi lemah angkara gangguan makluk tersebut.Segala apa yang berlaku saya ceritakan kepada ibunya dan meminta agar beliau berbincang dengan keluarganya untuk membuang saka yang ada pada keluarga beliau,walaupun sakanya membantu namun jika mengikut hukum bersahabat dengan makluk jin ini tetap haram.Wallahualam..

No comments:

Post a Comment