Wednesday, April 6, 2011

Akibat terlalu kejam dengan seekor kucing....

Apa yang saya lihat diwaktu itu sungguh mengerikan dan menakutkan sesiapa yang dapat melihatnya.Seorang lelaki dalam lingkungan 45 tahun umurnya dengan wajah yang begitu bengis dan ganas menghempaskan seekor kucing keatas seketul batu dengan kejamnya.Saya lihat kucing itu mengelepar-lepar meraung kesakitan sambil mengeluarkan suara meow yang begitu kuat dan menyayupkan sesiapa yang mendengarnya.Tanpa rasa belas diambilnya sebatang kayu sebesar lengan dipukulnya sekuat hati berkali-kali di kepala kucing tersebut hingga memercik darah di badannya.

Setelah dipukul beberapa kali kucing itu terus tidak bergerak mati.Diambilnya bangkai kucing itu lalu dicampakkannya kedalam semak dan berlalu begitu saja tanpa berasa bersalah dan menyesal.Kejam bisik hati saya,saya hanya mampu beristigfar kerana tidak boleh berbuat apa-apa.Selepas saya kembali kealam nyata maka di hadapan saya orang yang begitu kejam terhadap seekor kucing sedang tergeliat-geliat mulutnya hencut air liurnya meleleh dan tangannya mengerekot seperti kucing yang dibunuhnya dengan kejam.Segala yang saya alami semasa mendapat petunjuk dari yang Maha Berkuasa semuanya saya ceritakan kepada isteri dan anak lelakinya yang berumur dalam lingkungan 20an.Wallahualam hanya itu yang mampu saya terangkan.Saya lihat Isterinya hanya mampu mengelengkan kepala dan menitiskan air mata sambil merenung sayu kearah suaminya.

Menurut Isteri pesakit yang saya rawat, suaminya seorang kuat barannya.Satu hari tu dia baru balik dari kerja terus menuju kemeja makan terus buka tudung saji untuk menjamu selera sebaik dia mula nak menyuapkan nasi kemulutnya tiba-tiba dia bangun dan meninggalkan nasinya terus menuju kekeretanya.Rupanya dia terkenang petai yang di belinya tertinggal dalam kereta.Sebaik dia datang kembali kemeja makannya di lihatnya seekor kucing jantan sedang mengonggong ikan goreng dalam pingganya.Apa lagi dia menjerit dengan kuatnya menyergah kucing tersebut sehingga saya yang kebetulan baru nak masuk kedapur terperanjat dan tercampak barang ditangan saya.Kucing yang ketakutan bila kena sergah lari menuju kebelukar belakang rumah saya.Suami yang marah terus mengejar kucing itu sambil mulutnya tak henti-hentinya menyumpah seranah.Saya hanya mampu mengeleng kepala aje tak berani nak tegah.

Selepas setengah jam saya lihat dia balik dengan muka yang bengis dan di bajunya ada kesan darah.Saya tak berani nak tegur takut nanti saya pulak yang jadi mangsanya.Selepas kejadian itu lebih kurang enam bulan suami saya waktu tengah makan di kantin pejabatnya tiba2 jatuh mengelupur-lupur. Kakitangan pejabatnya bawa dia kehospital 2 minggu dia duduk sana doktor kata dia tidak tahu apa penyakitnya.Puas saya bawa berubat jumpa bomoh,bomoh kata kena sampuklah,kena dengki oranglah dan kebanyakkan bomoh semuanya kata kena dengki orang pejabatnya.Entahlah saya pun tak tahu nak cakap apa sebab saya tak percaya semuanya itu.Sehinggalah saya jumpa haji setelah terbaca dalam fb barulah saya faham puncanya dan apa yang haji kata memang ada benarnya.Tolonglah ji kesihan saya tengoknya dah puas dia menderita hampir tiga tahun keadaannya begini je..iktiarkan agar suami saya dapat pulih seperti sedia kala pinta isterinya dengan lelehan air mata.Insya Allah hanya itu yang mampu saya katakan.Saya meneruskan mengubatnya semampu yang boleh.

Allah Maha Berkuasa diatas setiap sesuatu.Tiga hari selepas mendapatkan rawatan dari saya Allah telah mengambil nyawa dalam keadaan tenang.Itulah yang diceritakan oleh isteri aruah sewaktu berkunjung kerumah saya baru-baru ini setelah setahun berlalu kerana terlupa untuk menyatakan kepada saya keadaan suaminya.Saya hanya mampu mengucapkan takziah dan berdoa semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.

No comments:

Post a Comment