Friday, October 1, 2010

Dirasuk Jin ketika Mengalami Strok...

19/09/2010-Bermula jam 8.30 pagi saya telah memulakan rawatan.Berbagai karenah pesakit dan penyakit Alhamdullillah dapat dilayan dan dirawat.Pukul 3.30pt telah didatangi rombongan membawa seorang gadis berusia 22 tahun meronta-ronta (histeriyah).Gadis tersebut dikatakan kena buatan orang namun setelah dirawat saya dapati dia hanya mengalami tekanan jiwa sebab telah diceraikan dalam usia muda..Sebaik selesai merawat pukul 5.00 ptg telah didatangi serombongan membawa pesakit yang hendak pulang ke Kelantan sebaik tiba di Tol beliau secara tiba2 Strok sebelah badan,Isteri beliau telah membawa membuat rawatan disebuah pusat rawatan tradisional di Kajang namun keadaannya semakin teruk dan mula meracau anehnya beliau boleh berjalan tanpa dipegang namun mulutnya meracau menyebut benda2 yg bukan2.Isteri beliau telah diperkenalkan oleh seorang agar bertemu Hj Din. Rupanya Jin mula merasuk kedalam tubuh pesakit dengan izin Allah jin tersebut berjaya dikeluarkan.Selepas diurut kemudian dimandikan selepas itu disuruh rehat sehingga pukul 12.00 mlm dengan izin Allah lelaki tersebut pulih spt sedia kala boleh bergerak dan berlari.Alhamdullillah...Selamat pulang dengan selamat ke Kelantan semuga Allah memberi hidayah dan dimurahkan rezeki kepada kapten (B) Rosli..Hj sekeluarga doakan amin..

No comments:

Post a Comment