Wednesday, October 6, 2010

Duit hilang.. ingatkan Toyol rupa2nya...

Sepasang suami isteri merupakan peniaga restoran datang bertemu saya mendakwa wangnya hampir setiap hari hilang 50,100 dan kadang2 mencecah hingga 1000 ringgit katanya dah mcm2 usaha dia lakukan namun tidak berhasil.Perkara ini berlaku hampir 5 tahun,mereka mendakwa telah bertemu dengan bomoh2 dan ustaz2 namun tidak berjaya.Bomoh dan ustaz mendakwa ada org kecil /Toyol yang mengambilnya.Yang hairannya letak dlm Quran dan surah yasin pun boleh hilang,letaklah dimana hilang juga katanya kepada saya."Tolonglah ji..kami dah tidak tahan lagi..beribu duit kami lesap..tolonglah.." InsyaAllah saya anggukan kepala.Saya pun mulakan upacara rawatan dengan melihat mengunakan kekuatan batin semata-mata,dengan izin Allah saya dapat mengesannya,namun saya lihat bukannya Toyol tapi seorang lelaki dalam pertengahan umur yang mengambilnya.Saya cuba sekali lagi dengan penuh khusuk dan zikir,orang yang sama juga."Maafkan saya,dlm rumah ada berapa orang ?"."Kami semua 6 beranak,Yang tua lelaki umurnya 21 tahun dia sering tolong kami budaknya pendiam dan agak warak selalu pergi masjid,yg kedua dan ketiga perempuan tapi masih bersekolah duduk asramah,yang kecil pula lelaki baru berusia 8 tahun".Terang suaminya.Saya cuba sekali lagi namun sama juga tidak berubah."Semua ada dirumah ke sekarang ni".Tanya saya untuk kepastian."Ada sebab cuti raya.."Begini ambil air bacaan surah yassin ni beri minum semua anak2 termasuk kamu suami isteri selebihnya basuhkan rumah dan restoran tetapi kamu semua mesti minum pada waktu yang sama serentak.Terang saya kepada mereka."Ini saja ke?".Tanya siisteri mcm tak puas hati.Saya hanya anggukan kepala saja.Akhirnya mereka minta diri untuk balik.Lebih kurang 5 hari selepas itu saya menerima tel dari isterinya menangis menceritakan kepada saya yang mengambil duitnya suaminya sendiri. selepas minum air yang saya bagi,selang sehari dia mengaku dan berterus terang kepada isterinya,rupa2nya suaminya ada menyimpan perempuan Indon dan nak kawin dgn Indon tersebut.Isterinya merayu pada saya minta tolong pulihkan suaminya.IsyaAllah itu saja yang mampu saya katakan.Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui perkara2 ghaib tidak ada makluknya yang mengetahui perkara2 ghaib melainkan Allah yang maha mengetahui.Jika Allah mahu memberi kurniaNya kepada hamba2Nya tidak ada sesiapa yang mampu menghalangnya dan sesungguhnya kurnia Allah itu sangar besar ertinya dan jagalah segala kurniaNya sebelum diambil kembali olehNya.

2 comments:

  1. bila baca cerita ustaz saya terfikir alangkah baiknya jika saya dapat pergi jumpa ustaz.sebabnya tahun lepas ibu saya ada kehilangan duit yang agak banyak juga la sebab dia simpan sendiri ..lebih kurang empat ribu macam tu..tapi sehingga sekarang kami tak tahu sapa yang ambil..kalau la saya nak dapatkan khidmat ustaz masih boleh lagi kah?bukan apa cuma nak tahu siapa yang ambil supaya semua tak tuduh menuduh..mak cakap kalau orang tu ngaku,dia sedia maafkan kalau dak memang dia tak halal dunia akhirat walau anak cucu menantu yang curi sekali pun..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah jika diizinkan Allah..Jika inginkan keterangan lanjut boleh telephone no 0193719431

    ReplyDelete